KALAU mengikut apa yang di luahkan oleh Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, ternyata Pas bukanlah sebuah parti Islam seperti yang dilaung-laungkan oleh mereka. Juga, Pas bukanlah parti yang benar-benar memperjuangkan Islam. Sebaliknya Pas adalah sebuah parti politik yang 'teramat' sangat mengidam untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan Umno, sekali gus menawan Putrajaya dan menjadi pemerintah (kerajaan) kerana mereka sudah lama beno jadi pembangkang. Kalau dalam filem, mereka ni asyik jadi 'crook' atau orang jahat saja.
Dipandang dari sudut lain, cara Pas berpolitik, dulu dan sekarang amatlah jauh bezanya. Pemimpin-pemimpin selalu mengeluarkan fatwa yang tak relevan dan tak masuk akal atau dengan erti kata lain, politik yang tak boleh guna pakai. Begitu juga dengan kebebasan 'bersuara'. Pemimpin-pemimpin yang bukan 'blue boy' Pas, akan disekat untuk bersuara. Mereka tidak diberi ruang untuk bersuara, meluahkan perasaan dan memberi pendapat di akhbar mereka sendiri iaitu HARAKAH. Apatah lagi di akhbar-akhbar pro kerajaan. Ruang mereka untuk bersuara ditutup rapat-rapat oleh pemimpin-pemimpin Pas.
Maka jelaslah, perubahan di dalam Pas ada kaitannya dengan pencantuman di antara Pas dengan DAP dan PKR. Mereka bergabung dengan menamakan 'Pakatan Rakyat'. Tapi, semua orang tahu, mereka ini diperalatkan oleh DAP dan PKR bagi tujuan politik kotor mereka dan meraikah untuk mendapakan sokongan dari pengundi-pengundi melayu Pas untuk PRU ke-13 nanti. Bagi IBM, sedar atau tidak, amatlah rugi di pihak Pas kerana dik ingin mengambil hati rakan kongsi mereka, Pas sanggup mengadaikan maruah bangsa, agama dan negara.
Berbalik kepada masalah yang dihadapi oleh Datuk Dr Hasan Ali, beliau berkata, memang dari dulu lagi tiada kebebasan bersuara atau ruang untuk dia memperbetulkan keadaan dan memberi pendapat terhadap partinya. Apabila Datuk Dr Hasan Ali cuba untuk menyatukan orang-orang melayu Pas dan Umno, beliau dikecam dengan hebat oleh rakan sepejuangannya, sehingga ada yang mencabar beliau supaya keluar dari Pas dan masuk Umno.
Nampaknya, pertelingkahan antara Datuk Dr Hasan ali dengan Pas akan berterusan dan berpanjangan. Masing-masing ingin menegakkan 'benang basah' masing-masing. Kalau anda, begitu juga IBM sendiri nak tahu kesudahan kemelut Pas ini, bersabarlah...
PAS SANGGUP JADI KUDA TUNGGANGAN DAP DAN HAMBA PKR.