Wednesday, December 14, 2011

PRU13 UNDI SIAPA JADI PENENTU : Betul Ke BN Yang Tertekan??



SEMALAM berlangsungnya Wacana Sinar Harian edisi ke9 bertajuk : 'PRU13 Undi Siapa Jadi Penentu. Katanya hebat dan mendapat sambutan ramai. Antara panel pada Wacana itu adalah Pensyarah Jabatan Pengajian Media Fakuti Sain Sosial Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Ibrahim, Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Manakala, dipihak kita, diwakili oleh Datuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Ramai yang memuji bahawa program seperti itu di adakan sekerap mungkin. Sedikit sebanyak kita boleh menilai dan meneliti seterusnya membuat kajian akan kekuatan dan kelemahan lawan, kerana tajuk program tersebut ialah berkisarkan kepada PRU13.

Tapi, terdapat sedikit kecacatan kerana dalam ucapan wakil kita Datuk Timbalan Menteri, beliau menyuarakan rasa kebimbangan kepada pengundi-pengundi muda membuat BN rasa tertekan. Kenyataan tersebut, bagi IBM, ianya seolah-olah seperti membuka pekong didada. Ya, betul, ada yang mengatakan kita BN mesti "humble' dan merendahkan diri semasa berucap atau mengupas apa yang dibincangkan.

Sebenarnya soal tertekan atau tidak, tak perlu di keluarkan. Cukup katakan bahawa kita (BN) telah bersedia dan sudah pun turun padang menemuai pengundi-pengundi baru, dan katakan penerimaan mereka terhadap BN begitu positif sekali, biar mereka gentar sikit.  Bagi IBM, ada masa dan ketikanya kita kenalah berbohong sunat, tapi secara realitinya kita orang-orang BN telah pun membuat kerja-kerja tersebut.

Cuma, kita pertingkatkan lagi usaha kita dan pastikan pengundi-pengundi muda ini berpihak kepada kita. Walau bagaimanapun, sekalong tahniah kita berikan kepada Datuk Saifuddin kerana beranai bersuara walaupun berseorangan di kelilingi oleh pihak pembangkang. IBM tahu, Datuk Saifuddin lebih berpengalaman, tapi, kadang-kadang kesilapan yang kecil boleh mengundang kepada bahana. 

Kata Datuk Saifuddin, kehadirannya di program Wacana untuk mendapat 'feedback' bukannya 'feedlot'. Betul tu Datuk, tapi bukan disitu tempatnya, Feedback sebenarnya adalah dari akar umbi atau pengundi-pengundi itu sendiri. Oleh itu kita kena kerap turun padang. Kan apa Datuk, bak kata perpatah, terlajauk perahu boleh di ubah, tapi tersilap cakap, pembangkang yang untung.

PETIKAN DARI AKHBAR HARAKAH :

SEBENARNYA PEMBANGKANG YANG RASA TERTEKAN. MEREKA BEGITU KONFIDEN UNTUK KE PUTRAJAYA. 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...