Thursday, December 22, 2011

Kepada Ketua Dewan Ulama Pas, Jangan Main 'WAYANG' le....


JANGAN lah nak berdolak-dalik lagi atau main wayang wahai Ketua dewan ulama Pas, Datuk Harun Taib. Apa lagi yang tak betulnya ?. Kenyataan Datuk Dr Hasan Ali memang ada fakta. Beliau bukan calang-calang orang. Dah lama dia didalam Pas. Dia tahu luar dan dalam Pas. Kenyataan dan nasihat beliau supaya Pas kembali ke perjuangan asalnya, memang patut diterima. Hanya korang saja yang buat-buat bodoh. Korang pun tahu, kan.

Segala teguran dan nasihat Datuk Dr Hasan Ali, patut diterima dengan hati yang terbuka, bukan dikecam dan dikutuk. Dewan ulama Pas harus sedar apa yang dilakukan oleh Datuk Dr Hasan Ali adalah menjurus kepada 'servival' parti Pas. Jangan disangkal apa yang beliau cuba katakan untuk kebaikkan parti Pas juga. IBM bukan ahli atau penyokong Pas, tapi, IBM tertarik cara Datuk Dr Hasan Ali berjuang untuk mempertabatkan agama Islam dan juga penyatuan orang-orang melayu di antara Pas dan Umno. Korang je yang tak sedar diri.

Mesej Datuk Dr Hasan Ali adalah mesej yang 'stright forward', mudah difahami. Beliau nampak betapa jauhnya Pas terbabas. Kerana apa?...dik kerana kepentingan politik, taksub dengan parti, dendam sesama bangsa. Memang Pas sudah jauh menyimpang dari perjuangan asalnya. Sudahlah wahai pemimpin-pemimpin Pas sekelian. Jangan cuba mengelirukan rakyat. Rakyat semua dah tahu, cuma belum tiba masanya untuk mereka menghukum korang semua. 

Lupakanlah untuk mendirikan 'negara berkebajikan'. Itu semua idea-idea dari rakan kongsi korang. Yang untung siapa?...dah tentu DAP dan PKR. Mereka-mereka ni diibaratkan 'menangguk  di air yang keruh. Jangan jadi kuda tunggangan DAP dan hamba kepada PKR. Agenda depa agenda yang akan menjahanamkan negara, bangsa dan agama. Elok beno le korang ikut nasihat Datuk Dr Hasan Ali yang sudah nampak  perjuangan Pas  tidak lagi releven, tersasar jauh dari perjuangan  asalnya. 

Fikir-fikirkanlah.....





PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS HARUS BERTAUBAT.

2 comments:

  1. ..apa sudah jadi dengan PAS ni..Ketua Dewan Ularmak pun sudah turut terliwat fikirannya oleh Hj Anuwar. Dr Hassan Ali tu bukan macam Mat Sabun atau Mahpos Bean yg sudah bengkrup idea dan sudah lama dibaruakan DAP dan Hj Anuwar..Kapal PAS sedang berlayar menuju batu karang tapi dia masih percaya Hj Hadi sedang kemudikan kapal dangan baik walau berpandukan kompas yg di set oleh Hj Anuwar...ninkompok punya olang...

    ReplyDelete
  2. Salam Lebai Malang,

    Kerana terlalu ghairah utk memerintah dan menumbangkan BN. Itulah salah satu punca Pas terbabas dari landaan perjuangan mereka yg sebenar. Peliwat No 1 negara, Hj Anwar, tak habis2 mencucuk pemimpin-pemimpin Pas sehinggakan Pas kucar kacir skrg di buatnya. Itulah tujuan sebenar Anwar. Tapi, ketua Ulama Pas, Mat Sabu, Mahfuz dan ramai lagi terlena , terpedaya dgn helah Anwar.

    Begitu juga Hj Hadi Awang. Dia bukanlah seorang kepten yg bagus utk mengemudi kapal Pas dgn baik. Harap, Datuk Dr Hasan dpt menyelamakan kapal Pas dari karam.....insyallah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...