GAMAKNYA manusia yang bernama Anwar ni tidak takut dan percaya kepada kekuasan ALLAH SWT. Dia tidak takut akan mendapat pembalasan di akhirat nanti di atas perbuataanya yang suka berbohong, menganiaya sesama bangsa, gila kuasa dan yang satu lagi tu....mmmm, tak payah sebut le ye, ramai yang dah jadi mangsanya. Kes dengan Saiful pun terlalu lama baru nak selesai. Demi kuasa, dendam, berpegang pada falasafah politik kotornya, dan di kelilingi oleh rakan-rakan kongsi Pakatan Rakyat, DAP dan PAS, beliau seolah-olah terlalu kebal, sewenang-wenangnya dia mempermainkan undang-undang yang sedia ada di negara kita ini.
Berbohong, menipu dah macam jadi makanan hariannya. Sehari tidak berbohong dia akan merasakan kehilang sesuatu, seperti seorang 'penagih ' dadah yang belum kena ubatnya. Lebih kurang begitulah si Anwar ni.
Tapi, dia lupa, siapa yang sebenarnya berkuasa di atas bumi ini? Siapa yang menjadikan alam maya ini untuk diduduki oleh manusia yang kerdil seperti kita ini. Anwar tahu semuanya itu, dia tahu satu hari dia akan di ambil oleh pencipta alam maya ini (dunia),
iaitu Allah swt. Oleh kerana perasaan dendam, terlalu gilakan kuasa, membuatkan Anwar lupa daratan. What's a pity!!.
Walaupun dia tahu, tak lama lagi dia akan disumbat ke penjara Sungai Buloh, dia terus berbohong. Dalam ceramahnya di seluruh negara, dia akan memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pemimpin-pemimpinnya. Bermacam-macam cerita yang tak benar di ada-adakan. Al-maklumlah terlalu ingin menjadi seorang Perdana Menteri. Tapi, bila di penjarakan, boleh ke dia menjadi Perdana Menteri?..macamana ye?
IBM rasa ramai yang begitu marah apabila satu lagi pembohongan yang di lemparkan oleh Anwar terhadap mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir tentang isu pinjaman kewangan daripada IMF dan Bank Dunia semasa dunia mengalami kemerosatan ekonomi. Anwar menuduh, Tun Mahathir ada menghantar surat kepada Bank Dunia untuk meminjam wang bagi mengatasi masalah kewangan yang menimpa negara.
Tun Mahathir telah pun menjawap segala tomahan yang Anwar lemparkan terhadap beliau, dan mencabar Anwar unutk menunjukan surat permohonan tersebut dan juga mencabar Anwar untuk 'bersumpah laknat'. Anwar beranai ke?...si pengecut tu langsung kecut teloknya, kata orang utara.
Semalam, bekas rakan baik Anwar, Ezam Mohd Noor mendakwa bahawa beliau ada menyimpan surat yang digunakan oleh Anwar ketikan membuat pemohonan bantuan kewangan daripada Bank Dunia. Sudah jelas sekarang, siapa yang menipu siapa dan siapa penipu yang sebenarnya?...Itulah tuhan tu maha adil. Ezam kata, dia akan dedahkan mengenai kandungan surat itu bagi membuktikan penyalahanguna kuasa yang didakwa dilakukan Anwar ketika menjadi timbalan Perdana Menteri.
Dedahkan Ezam, jangan tak dedah. Kena ajar si pembohong ni, biar semua rakyat tahu siapa beliau sebenarnya. IBM rasa le, bila mati nanti, mata Anwar tak pejam. Nak tahu kenapa?...sebab kempunan tak dapat menjadi Perdana Menteri. Alangkah eloknya sekiranya Anwar mati dalam iman...tapi, sayang, imannya tak cukup tebal. Apapun Anwar kantoi lagi...itulah nasib si pembohong no 1 negara.
NEGARA AMAN TANPA ANWAR DAN PAKATAN RAKYAT.