18 DISEMBER
(GAMBAR HIASAN)
MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA. SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA - IBM
PERASMIAN PERTEMUAN DUNIA MELAYU '82 |
Pada hari ini 18.12.1982, Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Pertemuan Dunia Melayu '82. Pertemuan yang telah dihadiri oleh lebih 500 orang sarjana, penulis dan budayawan Dunia Melayu dari 7 negara ini telah berlangsung di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Di dalam ucapannya Perdana Menteri menyeru umat Melayu supaya jangan memporak-perandakan suasana politik dengan mengapi-apikan nasionalisme Melayu sempit untuk mewujudkan 'Dunia Melayu' sebagaimana dalam sejarah dahulu kala. Beliau menegaskan bahawa segala usaha mestilah digerakkan ke arah 'World View Melayu moden' yang dinamis supaya terus terkongkong dengan adat lama. Kepada para penulis, Perdana Menteri mengingatkan bahawa penulisan merupakan alat yang penting dalam menggerakkan dunia Melayu. Para penulis pula haruslah berusaha untuk membangkitkan semula nilai-nilai mulia, orang-orang Melayu dan mengembalikan semula kegemilangan dunia Melayu yang telah terlepas oleh kedatangan kuasa-kuasa Barat. Sesungguhnya pertemuan Dunia Melayu ini telah dapat mengembalikan sejarah kegemilangan dan semangat melayu sebagaimana yang disebut oleh Perdana Menteri itu. Semoga dengan semangat yang tidak kunjung padam ini kita dapat berusaha kembali menebus maruah dan keperibadian dan peradaban dunia yang mempunyai keperibadian dan peradaban tinggi.
[SUMBER : ARKIB NEGARA.COM]
|