Saturday, December 17, 2011

Khalid Gagap Dimalukan. Kali Ini Di Kuala Selangor

NAMPAKNYA Khalid Gagap kena buat banyak kerja rumah (home work). Kali ini siri jelajah ke seluruh pelusuk Selangor untuk mendekati rakyat, mendapat sambutan yang 'negatif'. Sambutan terhadap Khalid nampaknya dingin oleh masyarakat tempatan, malah dia dikritik hebat oleh pemimpin-pemimpin masyarakat dan penduduk tempatan.


Mereka begitu berani dan lantang mengkritik bertubi-tubi dan menyoal kelemahan yang berlaku di dalam pentadbiran yang di terajui oleh Khalid. Mereka menyuarakan rasa kesal menyokong Pakatan Rakyat dan menganggap Khalid sebagai 'gagal' menjalankan tanggunjawabnya sebagai Menteri Besar Selangor.

Dari segi dasarnya, mereka menganggap Khalid bukanlah seorang pemimpin yang berkelibar dan beliau hanya layak menguruskan sesebuah badan koprat dan menjawat jawatan sebagai pengurus sahaja. Pedih, memang pedih sindiran tu.  Kritikan ini berlaku semasa Tan Sri Khalid berkunjung ke Kuala Selangor bagi menghadiri sesi dialog bersama masyarakat di sana.


Maka, bermacam-macam soalan yang ditimbulkan pada sesi tersebut, hingga Menteri Besar Selangor itu 'terkedu' dan tergagap untuk menjawab. Dia ingat di boleh memperkuda-kuda dan memperlekehkan masyarakat di sana, tapi...lihat siapa yang kena. Hehehe. Antara isu yang ditimbulkan ialah masalah harga premium tanah yang terlalu mahal berbanding caj yang dikenakan semasa Barisan Nasional (BN) menerajui Selangor.

Begitu dengan masalah kontraktor Alam Flora Sdn Bhd yang tidak menerima bayaran tertunggak daripada pihak Majlis Daerah. Pendek kata, Khalid gagal menjawab segala soalan yang dikemukan oleh pemimpin serta masyarakat di situ. Malang bagi Khalid gagap pada hari itu, kerana mengharapkan 'panas ditengah hari, rupanya hujan ditengah hari'. Kesian si Khalid. Dan, bagi pandangan IBM, ini adalah satu amaran buat Khalid dan Pakatan Rakyat Selangor.


Bukan semua rakyat Selangor menyenangi PR. Apatah lagi setelah menghampiri lima tahun dibawah pimpinan PR, mereka sudah boleh merasa dan membezakan pemerintahan siapa yang lebih baik dan parti mana yang benar-benar serius membantu rakyat dan menunaikan janji-janji mereka semasa di PRU ke-12 yang lalu. Kini, sudah ada tanda-tanda kebangkitan rakyat negeri Selangor untuk kembali menyokong Barisan Nasional BN)/Umno. Alhamdulillah.

Oleh itu, IBM nak ingatkan Khalid gagap, bersedialah. Kita akan gempur dan berjuang habis-habisan demi untuk mengambil kembali negeri Selangor dari Pakatan Rakayt. Insyallah.


JOM RAMAI-RAMAI KITA TOLAK PAKATAN RAKYAT, PAKATAN REPUT. NEGERI SELANGOR MAJU DAN AMAN TANPA PAKATAN RAKYAT.

2 comments:

  1. Diharap UMNO akan kemukakan calon yang diterima rakyat dalam PRU13. Tak larat dah tengok ahli UMNO sendiri jadi PETUALANG masa pilihanraya.

    ReplyDelete
  2. Salam Bingai @ Bangang,
    Insyallah. Kali ini calon yg akan dicalonkan merupakan calon yg boleh menang dan diterima rakyat.

    Harap tiada lagi petualang atau kaki sebotaj yg akan merosakkan imej parti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...