Thursday, December 1, 2011

Karpal Di halau Keluar Dewan Macam 'Anjing'

 ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Sikap anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh yang mencabar keputusan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengundang padah apabila beliau diperintahkan meninggalkan dewan hari ini.
Perintah itu berikutan keengganan Karpal menarik balik gelaran ‘binatang’ yang ditujukan kepada anggota parlimen N.Gobalakrishnan (Bebas-Padang Serai).
Gobalakrishnan yang agak tersinggung dengan gelaran itu, meminta supaya Wan Junaidi merujuk anggota parlimen Gelugor itu kepada peraturan mesyuarat 36(6) dan meminta Karpal menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada beliau.
“Perkataan ‘binatang’ jangan diguna kepada ahli-ahli Yang Berhormat. Sama ada ahli itu layak atau tidak duduk di dewan ini, perkataan itu seharusnya tidak digunakan. Biarlah dewan ini yang membuat keputusan. Sila Yang Berhormat… tarik balik,” kata Wan Junaidi kepada pengerusi DAP itu.
Bagaimanapun, Karpal enggan menarik balik dan berkeras dengan gelaran ‘binatang’ itu kerana sikap Gobalakrishnan yang mencelah ketika sesi perbahasan.
“Apa yang saya cakap tadi, saya tidak akan tarik balik. Dan saya tidak ada masalah untuk keluar,” katanya.
Atas sikap itu, Wan Junaidi mengarahkan Karpal untuk meninggalkan Dewan selepas selesai sesi penggulungan laporan awal Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
Terdahulu pada sebelah pagi, pertikaman lidah tercetus hingga Gobalakrishnan diarahkan keluar dewan, apabila beliau tidak henti-henti meminta Yang Dipertua Dewan untuk merujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) kepada peraturan 36(6).
Beliau mahukan Anwar menarik balik kenyataan ‘mabuk’ dan ‘tidak tahu membaca’ yang ditujukan kepadanya ketika meminta laluan semasa sesi perbahasan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
Sementara itu, Dewan Rakyat meluluskan 10 syor dalam laporan awal jawatankuasa itu.
Laporan itu dibentangkan oleh Pengerusinya yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang kemudiannya dibahaskan lapan anggota parlimen termasuk Anwar.
Selain penggunaan dakwat kekal, syor lain jawatankuasa itu ialah mengenai pengundian awal; pengundi tidak hadir luar negara; pengundi luar kawasan; penukaran kawasan pendaftaran; pembersihan daftar pemilih dan pameran rang daftar pemilih tambahan. - IBM


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...