Friday, April 4, 2014

PAPAGOMO CABAR RAFIZI JAMBU LETAK JAWATAN MP PANDAN. RAFIZI, ADA BERANI KA??

JUMAAT, 04 APRIL 2014
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dicabar untuk meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Pandan sekaligus berani berdepan dengan individu yang beliau kaitkan dengan nama 'Papagomo'. Cabaran tersebut dilontarkan oleh Wan Muhammad Azri Wan Deris menerusi laman sosial Twitter peribadi miliknya. "Kamu @rafiziramli kalau anak jantan sila letak jawatan sebagai MP Pandan dan kita tanding satu lawan satu. Biar rakyat buat keputusan siapa yang benar. "@rafiziramli guna Mahkamah tindas rakyat. Letak jawatan MP Pandan dan biar rakyat tentukan.Kata kuasa rakyat Mahkamah rakyat," kata Wan Muhammad Azri menerusi laman Twitternya malam tadi.
 BACA TWITT PAPAGOMO TERHADAP RAFIZI SEPERTI DIBAWAH :


Tambah Wan Muhammad Azri, Rafizi juga perlu berani menyahut cabaran yang dilontarkan (letak jawatan) jika beliau berada ditempat yang benar dalam perjuangannya. "Mahkamah hanya seorang hakim yang buat keputusan. Slogan PKR mahkamah rakyat, jadi ayuh @rafiziramli buktikan Mahkamah rakyat," katanya lagi. Rafizi sebelum itu, di sidang media pada Khamis di Parlimen  memberitahu akan memfailkan saman dan membuat laporan polis yang baru terhadap Wan Azri kerana didakwa telah menipu Mahkamah sewaktu memberi kenyataan pada perbicaraan berhubung isu Scorpene. Jadi, ada berani ka Rafizi letak jawatan? Mampus pun dia takkan berani. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...