"Minum, minum jugak, habak lah bila PRU-13 ni..?"- Anwar
"Rakan-rakan, Anwar dah tak sabar nak jadi PM ni, macam mana.?..nak bagi ke.?tapi kes liwat dia macam mana.?"- Najib
"Najib, believe me, PR on the way to Putrajaya,"- Anwar.
"Anwar, over my dead body,"- Najib.
Anwar Cabar Najib : Tunjuk Demokratik, Umum Tarikh Pilihan Raya Lebih Awal.KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum akan diadakan pada bulan Mac 2011 iaitu lebih kurang empat bulan dari sekarang.
Ini berikutan tindakan Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak mengumamkan penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan.
Oleh itu, Anwar mencabar Perdana Menteri untuk mengumumkan tarikh pilihan raya umum lebih awal.
"Saya mencabar Najib tunjukkan demokratik dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan senarai pemilih dan biar rakyat menentukan.
"Dengan pemilihan UMNO ditangguhkan, saya yakin Najib akan memanggil pilihan raya lebih awal," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen semalam.
Kelmarin, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Najib mengumumkan mesyuarat UMNO di semua peringkat ditangguhkan sehingga 18 bulan.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, UMNO menangguhkan pemilihan parti bukan kerana untuk memberi fokus kepada pilihan raya umum.
Sebaliknya, katanya, ia semata-mata untuk mengukuhkan perpaduan UMNO.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, penangguhan mesyuarat itu bukan perkara baru tetapi sudah tiga kali.
dalam pada itu, PKR menyifatkan penangguhan pemilihan itu memberi gambaran lemahnya UMNO tidak bersedia dan tidak yakin dengan ahlinya kerana lebih di dorong oleh kelemahan UMNO sendiri.
Setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution berkata, UMNO sebagai parti yang kuat, kukuh dan bersatu padu, tidak perlu bimbang bahawa proses pemilihan UMNO itu akan menyebabkan ketegangan.(Sinar Harian).
# IBM : Tak usah di layan kerenah bodoh si Nuar tu. Itu hak PM untuk mengumumkan bila PRU-13 akan diadakah. kenapa Anwar sibuk-sibuk. Mungkin dia takut PR akan kecundang nanti. Begitu juga dgn PKR, sedang hangat, bergelora pergolakan dalaman mereka. Anwar takut dgn bayang-bayangnya sendiri. Ada hati nak jadi PM konon. Mari kita sama-sama mendoakan kesejahteran dan kemenengan kepada BN. Allah masih sayangkan BN. Hidup Najib, Hidup BN..!!