KUALA TERENGGANU -
Mahkamah seksyen di sini menjatuhkan hukuman lima tahun penjara dan dua sebatan terhadap seorang buruh selepas dia mengaku bersalah menyimbah dua anaknya dengan asid sehingga menyebabkan kecederaan parah pada 15 Ogos lalu.
Mat Haizan Mat Yasin,32, yang berhadapan dengan dua pertuduhan, mengaku bersalah menyebabkan cedera parah ke atas anak perempuannya, Nurul Dhyatul Fazlina, 8. dan anak lelakinya, Mohd Irfan Firdaus, 2, dengan menyimbah asid kira-kira jam 1.45 pagi, pada 15 Ogos lalu di Kampung Sekayu, Kuala Terenggganu.
Penulis Didakwa Tipu Peniaga
KUALA LUMPUR-
Seorang penulis bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan menipu seorang ahli perniagaan membabitkan wang RM144,000 tahun lalu.
Mohamed Fareq Abdul Rahman, 35, dari Taman Setapak, disini, di dakwa menipu Ong Eng Huat, 45, dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa dua surat tawaran pelantikan sebagai wakil Petronas adalah benar, sehingga mendorong Ong Eng Huat menyerahkan wang RM144,000.
Bapa Mohon Anaknya DiBebaskan
KUALA LUMPUR -
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 20 Disember ini untuk mendengar permohonan seorang bapa untuk membatalkan perintah penangkapan anak lelakinya mengikut Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan mencegah Jenayah 1969).
Hakim, Datuk Mohd Zawawi Salleh menetapkan tarikh itu dalam kamar, semalam, dengan dihadiri Peguam kanan Perseketuan, Najib Zakaria yang mewakali Timbalan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia serta peguam, Daniel Albert yang mewakali m Panir Selvam, 54.