Wednesday, December 1, 2010

Wan Azizah Jahil Tolak Ketuanan Melayu



Wan Azizah Terus Menerima Kecaman

SHAH ALAM - Kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menidakkan ketuanan Melayu adalah satu kenyataan pemimpin yang jahil tentang kedudukan kaum Melayu di dalam perlembagaan negara.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Reezal Merican Naina Merican berkata, kenyataan tersebut merupakan satu propaganda politik yang di perlukan PKR untuk mengukuhkan kembali perpaduan dalam parti.
Menurutnya, PKR tidak memikirkan persoalaan sama ada kenyataan itu mendatangkan kesan jangka panjang kepada Perlembagaan Negara ataupun tidak.
"Nyata oleh kerana terlalu kemaruk politik, Presiden PKR sanggup untuk melancarkan propaganda politik yang menolak sama sekali 'teras' Perlembagaan Negara selama ini.
" Kita tidaklah terlalu terperanjat kerana dengan kedudukan PKR yang menjadi 'punca kelemahan' Pakata Rakyat, parti tersebut memerlukan suatu propaganda yang lebih berkesan dan mampu menarik perhatian masyarakat," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sebelum ini, Wan Azizah mengeluarkan kenyataan ketuanan Melayu perlu ditolak dalam ucapan dasar presiden di Kongress Nasional PKR yang berakhir semalam.

Anwar Menjawab, katanya :



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR masih kurang efektif
dalam menyampaikan mesej mereka kepada rakyat terutama apabila media kurang memberi liputan meluas terhadap pemimpin PKR.
Menurutnya, pemimpin PR masih menghadapi halangan untuk menyebarkan maklumat kepada rakyat seperti sekatan permit akhbar suara Keadilan yang dimiliki PKR.
"Kita tidak efektif dalam menjelaskan penderian dan tindakan kita kepada rakyat, kemudahan internet, hanya terletak di kawasan bandar dan pinggir bandar, bukannya di kawasan luar bandar.
"Itulah sebabnya ungkapan 'ketuanan Melayu' telah diputarbelitkan oleh satu kumpulan yang kaya raya dan orang Melayu yang berkuasa, mereka kaya kerana dasar-dasar pro-Melayu," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Kerajaan Negeri PR, kelmarin.
Sebelum ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, melahirkan pendirian bahawa konsep 'Ketuanan Melayu' perlu di tolak di kongress Nasional parti itu Sabtu lalu.

# IBM : Bercerita pasal kaya raya, siapa sebenarnya yang kaya raya.?..anwar tak kaya raya ke..?...jangan cuba membelikan kenyataan wahai Anwar ooi....nasihatkan Wan Azizah tu, kamu berdua harus 'bertaubat'.....
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...