Sunday, January 2, 2011

2011 Tahun Rakyat Di Perkasakan : UMNO

UMNO Lambang Kemegahan Orang Melayu, Berjuang Untuk Agama, Bangsa Dan Negara

"Kita sasarkan minimum kita akan adakan satu program Juara Rakyat di semua bahagian bermula tahun ini." - Mazlan


Slogan "Umno Dahulukan Rakyat" akan diperkasakan pada 2011 bagi memberi mesej jelas bahawa Umno sentiasa mahu melakukan yang terbaik dalam hal pembangunan rakyat dan negara, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Pelaksanaannya akan digiatkan melalui program Juara Rakyat yang akan dianjurkan sepanjang tahun dan disuntik dengan "gaya baru" dengan tema berbeza setiap bulan, katanya.

"Tema (program Juara Rakyat) untuk bulan Januari ialah pendidikan dan program ini akan bemula dengan gaya baru dengan mengadakan ceramah juara rakyat ketika aktiviti sedang berjalan.

"Ianya tidak seperti biasa yang hanya melibatkan pameran dan lawatan sahaja seperti sebelum ini dan ini dilakukan bagi memberikan penerangan yang jelas kepada peringkat akar umbi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Program Juara Rakyat pada bulan Februari akan membawa tema "kebajikan" sebelum diteruskan dengan tema-tema lain selepas itu, katanya.

"Kita sasarkan minimum kita akan adakan satu program Juara Rakyat di semua bahagian bermula tahun ini," katanya.

Tahun lepas, Umno berjaya menganjurkan 2,000 program Juara Rakyat di seluruh negara, katanya.

Ahmad berkata Umno juga mahu memberikan mesej yang jelas kepada rakyat bahawa parti itu dan Barisan Nasional (BN) sentiasa mahu menjadi pilihan utama mereka untuk pembangunan ekonomi dan sosial.

"Kita akan jelaskan misi kita untuk menjadi juara di hati rakyat, sedia berbakti di barisan hadapan demi rakyat dan sentiasa mencari yang terbaik untuk diberikan kepada mereka," katanya.

--Bernama


IBM : Tahniah UMNO !!..aku sayang UMNO dulu kini dan selamanya.

2 comments:

  1. Salam tuan blog..
    maaf mencelah..

    Ismail Sabri kata minyak ron95 takkan naik sampai hujung tahun..
    tak sampai seminggu prap! ron95 naik harga!

    Kesannya...
    barang naik secara tiba2..sekali lagi!

    Dah kena tipu macam tu sekali pun..
    masih nak sayang UMNO lagi?

    p/s:Bangsa yang besar, adalah bangsa yang mentaati Islam sepenuhnya!

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  2. Sunsnake@budakbalun : Salam. Salah tu. Itu buka kena tipu. Kita mesti faham akan minyak ada satu bahan yg di dagngkan di pasaran antarabangsa. Bila harga minyak dunia naik, maka begitu juga kita di Malaysia. Tapi harga minyak di Negara kita adalah antara yg terendah di dunia.

    p/s : Bayangkan kalau gaji tuan tidak naik2..marah x Tuan. Jgn cakap tanpa fakta...bersyukur negara kita masih aman.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...