Saturday, February 4, 2012

Hasan Ali Pun Nak Buat 'U' Turn Ke??

APA susah Datuk, pening telan je Panadol tu. Ambik yang 'Active fast'...hilang peningnya nanti. IBM nak tanya pada rakan-rakan pembaca sekelian, maksud IBM yang rajin jengok Blog 'ibm-akusayangumno.blogspot.com'. Agak-agak Datuk Dr Hasan Ali akan 'appeal' dan masuk Pas kembali tak?? Kalau le jadi, hehehe...musim orang-orang Pas buat pusingan 'U'  dalam sejarah politik tanah air. Tapi...tidak pada Datuk Dr Hasan Ali kot.

Dikhabarkan, petang ini rayuan itu akan dibuat. Persoalannya, sama ada bekas Exco Selangor ini, akan merayu untuk kembali kepada Pas atau sebaliknya pasti akan terjawab hari ini kerana beliau akan mengadakan sidang media khas di kediamannya di Kuala Lumpur.

Penjelasan mengenai keputusan itu bakal menentukan kedudukannya selepas ini sama ada mahu terus kekal dalam Pas atau bergerak aktif menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan ditubuhkannya yang dikenali 'Jati'. Kalau IBM jadi Datuk Dr Hasan, IBM tak akan rayu. Nak buat apa rayu. Semasa di pecat, Pas Pusat langsung tidak beri peluang beliau untuk membela diri. Ini bermakna, Pas langsung tidak menghormati dan menghargai segala pengorbanan Datuk Dr Hasan Ali bersama Pas selama ini.

So, Datuk, apa lagi yang nak di rayu??. IBM bukan nak jadi batu api, dan IBM bukanlah seorang ahli Pas, tapi, rasa simpati kepada Datuk Dr Hasan Ali yang benar-benar memperjuangkan agama Islam dan juga untuk menyatukan orang melayu Islam supaya tidak berpecah. Orang-orang melayu yang IBM maksudkan ialah melayu Pas dan melayu Umno. Melayu PKR, IBM rasakan tidak mustahak kerana mereka terlalu 'ekstrim' pada ketuanya, DS Anwar Ibrahim. Bagi IBM. biarkan melayu PKR yang tak sedar diri tu, terjun dengan labu-labunya atau seperti anjing menyalak bukit. Bukit tetap berdiri teguh, tidak akan runtuh, selagi dunia tak kiamat.

Tak sabar pulak rasanya nak tunggu apa keputusannya. RELAK semua, tungguuuu... Sekian.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                    _____________________________________________
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...