Sunday, February 19, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

 (Gambar Hiasan)

19 FEBRUARI

PELANCARAN KEMPEN ANTI DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1983,  Kempen  Anti  Dadah  Peringkat  Kebangsaan  telah  dilancarkan  oleh YAB Dato’  Seri  Dr. Mahathir  Mohamad  di  perkarangan Bangunan  Angkasapuri,  Kuala  Lumpur. Dalam  ucapannya,  beliau  telah  mengumumkan  bahawa  kerajaan  akan  menubuhkan  satu  pasukan  Petugas  Anti  Dadah di  Jabatan  Perdana  Menteri  bagi  menyelaras  semua  kegiatan  memerangi  dadah  di  negara  ini. Pasukan  tersebut  akan  dianggotai  oleh  pegawai-pegawai  yang  dipinjamkan  daripada  pelbagai  kementerian  dan  jabatan  yang  terlibat  dalam  gerakan  anti  dadah  dan  akan  diwujudkan   cawangan  di  semua  negeri.  Sebagai  satu  lagi  langkah  menentang  gejala  dadah,  kerajaan  akan  meminda  Akta  Dadah  Merbahaya  1952  bertujuan  untuk mengetatkan  lagi  undang-undang  itu.   Peruntukan undang-undang  yang  baru  dalam  akta  tersebut  akan  memberi  kuasa  yang  lebih  kepada  pihak  penguatkuasa untuk  bertindak.  Perdana  Menteri juga  menyarankan  supaya  penumpuan  lebih  diberikan  kepada  usaha-usaha  pencegahan  yang  membabitkan  badan  sukarela  dan  jabatan  kerajaan  dengan  menyusun  strategi yang  lebih  mantap  untuk  membendung gejala ini. Antara  usaha  serius  kerajaan dalam  membendung  gejala  negatif  ini,  ialah  mewujudkan  Pusat  Serenti  sebagai tempat  pemulihan  penagih-penagih  dadah.  Sesungguhnya, masyarakat  yang  dikuasai  dadah  akan  berdepan  dengan  berbagai  jenayah  yang  boleh  membawa  kepada  kehancuran  agama, bangsa dan negara.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.COM]

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA   
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...