Monday, February 6, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

(Gambar Hiasan)

06 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PENGUMUMAN PENUBUHAN BANK PEMBANGUNAN PERTANIAN
  
Pada  hari  ini  dalam  tahun  1969, Perdana Menteri Malaysia, Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra telah mengumumkan penubuhan Bank Pembangunan Pertanian.  Penubuhannya berdasarkan kepada keputusan yang telah dibuat di dalam Kongres Ekonomi Kedua,  pada bulan September 1968.   Antara tujuan penubuhan Bank Pertanian ialah untuk menggalakkan kemajuan pertanian di seluruh negara, menyelaras, menyelia bantuan kredit dan menyelenggara wang simpanan serta menyelia pengurusan kewangan berhubung dengan bidang pertanian.Bank Pertanian telah mensasarkan kegiatannya di  kawasan yang kurang maju dan kawasan rancangan pembangunan pertanian seperti di kawasan Rancangan Pegairan Muda di Kedah, Kemubu di Kelantan, Tanjung Karang, Sabak Bernam, Krian dan Sungai Manik.  Penubuhan Bank Pertanian ini dilihat sebagai  usaha penting kerajaan dalam memantapkan ekonomi rakyat selepas kemerdekaan disamping memastikan bidang  pertanian diberi keutamaan dalam agenda pembangunan negara. Kini selepas 50 tahun kemerdekaan negara bidang pertanian negara terus diberikan keutamaan sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi dunia.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.COM]

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...