Wednesday, February 1, 2012

BPL : Wolves Akur Dengan Kehebatan 'The Reds'

SEMBANG-SEMBANG BOLA :
MATCH Review : Wolves 0 - 3 Liverpool
By : Darion Daron On Wednesday, February 1, 2012


Minggu ini minggu yang baik kita tempuhi. Pada kali ini kita berjaya menewaskan pasukan kendalian Mick McCarthy di gelanggang mereka di Molineux Stadium. Perlawanan kali kenny mengambil keputusan untuk merehatkan kapten kesayangan kita untuk memberikan laluan kepada beliau mendapatkan kecederasan setelah mengharongi perlawanan besar minggu lepas.

--Prestasi Carroll semakin meningkat, betul tak guys?--
Perlawanan awal pagi tadi juga, menyaksikan dimana Kenny yang telah membuat lima perubahan jika hendak dibandingkan semasa menentang United, apabila Adam, Glen Johnson, Jay Spearing dan Craig Bellamy serta Kuyt yang menjadi pilihan dalam line up utama perlawanan.

 --Cermelang Bellamy semasa menjaringkan gol kedua perlawanan--

Walaupun kita turun tanpa Gerrard, pasukkan kita mampu bermain dengan baik dan mampu mengecapai kemenangan yang pertama dalam kempen Liga Perdana sejak masuknya tahun 2012 ini. Pada perlawanan ini jaringan pertama dijaringkan oleh adik carroll kita yang melengkapkan gol ke tiga peribadinya untuk musim ini. Gol tersebut melalui hantaran cross cantik oleh Adam yang memberikan ruang untuk Carroll menolak kemas untuk mendahului tuan rumah.

Selepas gol tersebut, tempoh pemainan semakin dikuasai oleh The Reds, dan gol kedua muncul pada minit 61 perlawanan di mana C. Bellamy sekali lagi membuktikan nilainya dengan menjaringkan gol, hasil pas daripada J.Spearing. Dan hanya berselang 17 minit sahaja, Dirk Kuyt pula menambah derita tuan rumah dengan menjaringkan gol ke 50 peribadi miliknya dalam kempen Liga Perdana sepanjang beliau bermain di Liverpool.


--Kuyt meraikan gol ke 50 peribadi dalam kempen Liga Perdana--
Saya sememangnya gembira dengan kemenangan ini, dan melalui kemenangan ini kita berjaya menduduki tangga ke lima dalam tahta liga, dan apa yang paling mengembirakan saya (penulis) adalah Carroll kini semakin meningkat mutu permainanya. Diharapkan momentum yang diperlihatkan oleh si adik Carroll kita ini akan terus meningkat. ditambah pula selepas ini Suarez akan kembali beraksi, apabila tempoh penggantungannya tamat.

Serta diharapkan gandingan antara Carroll dan Suarez akan memberikan hasilnya untuk memastikan impian kembali ke liga Juara-juara tercapai.

Barisan pemain Liverpool :Reina, Johnson, Agger, Skrtel, Enrique, Spearing, Adam, Henderson, Kuyt, Carroll, Bellamy. Subs: Doni, Aurelio, Coates, Downing, Carragher, Shelvey, Kelly.
p/s : IBM miss game ini. Dan lupa pulak nak rekod. Hee..apa le punya pelupanya IBM ni. Apapun, tahniah pada Liverpool. For sure, you'll never walk alone. - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                  _____________________________________________
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...