Saturday, February 11, 2012

BPL : MALAM PANAS!!. Manchester United vs Liverpool


SEMBANG-SEMBANG BOLA :

PERTEMBUNGAN dua musuh tradisi Liga Perdana Inggeris (BPL) melihat pertemuan Manchester United berdepan Liverpool bakal berlangsung di gelanggang keramat tuan rumah, Old Traford malam ini.

Misi untuk menang. Perancangan siapa yang akan menjadi malam ini, Alex atau Kenny?

Paling mencuri tumpuan pastinya penyerang The Reds, Luis Siarez yang dijangka diberi 'layanan' istimewa oleh penyokong The Red Devils berikutan insiden perkauman terhadap Patrice Evra di Anfield, 15 Oktober tahun lalu.

Masih ada lagi kah isu perkauman  diantara kedua-dua pemain ini?

United dijangka mampu mengukuhkan kedudukan mereka sekambalinya Nani dan anderson selepas pulih daripada kecederaan. Namun, semangat anak didik Kenny Dalglish tidak boleh diperkecilkan kerana masih segar mencatat kemenangan 2-1 menyingkirkan United dalam saingan Piala FA, baru-baru ini.

Oleh itu, rakan-rakan dan pembaca semua, jangan kemana-mana, jom kita duduk depan TV, kita tengok siapa yang kena malam ini. Seperti biasa, IBM tetap setia kepada kelab kesayang IBM, mendoakan agar Liverpool 'pulun' abih MU...hehehe..kata orang Kedah. So, The Reds : "You'll Never Walk Alone". Sekian.

SELAMAT MENONTON DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.
___________________________________________________________

2 comments:

  1. dua team ni aku x minat...
    harimau malaya juga pilihan ku..
    he..he..he..

    ReplyDelete
  2. SambaLBelacaN,

    Saama le kita. Saya pun minat kat Harimau Malaya, team kita, tapi....liga inggeris ni lain sikit umpnya. Itu sebab saya minat sangat kat Liverpool ni....kalau tk minat x apa....tonton je lah......he..he..he..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...