Sunday, February 12, 2012

Sanggup Berhutang Semata-mata Nak Jadi Pelacur??


KUALA LUMPUR- Permintaan yang tinggi untuk khidmat seks mendorong sindiket yang menguruskan kemasukan wanita dari China mengaut keuntungan besar dengan mengenakan bayaran purata RM10,000 seorang untuk membantu mereka menjadi pelacur atau pegawai perhubungan pelanggan (GRO) yang memberi khidmat seks di Malaysia.


EBAHAGIAN daripada 15 GRO dari China yang ditangkap dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Seremban pada 
Disember lalu.

Sindiket tersebut mengumpul kekayaan dengan cara mudah memandangkan wanita China adalah kumpulan pelacur yang paling ramai ditahan dalam Ops Noda yang dijalankan oleh pihak polis di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Mengikut statistik Polis Bukit Aman, daripada 11,832 warga asing yang ditahan sepanjang tahun lalu, wanita China membentuk jumlah terbesar sebanyak 5,922 orang. Secara purata 16 orang wanita China ditangkap setiap hari.
Jika kesemua wanita China itu menggunakan khidmat sindiket dan membayar RM10,000 seorang, bermakna hasil kutipan organisasi haram yang menguruskan kemasukan pelacur negara berkenaan ke Malaysia adalah sebanyak RM59.2 juta. Menurut sumber Kosmo! Ahad, wang tersebut dibayar bagi membiayai kos penerbangan, makanan dan tempat tinggal semasa berada di Malaysia.
Sebaik tiba di sini, wanita-wanita China itu akan disambut oleh ejen-ejen sindiket yang menguruskan segala keperluan termasuk mencari pelanggan. Sumber itu memberitahu, terdapat juga wanita China yang telah melangsaikan hutang kepada sindiket dan pulang ke negara asal mereka sebelum memasuki semula Malaysia secara solo.
Biarpun pihak berkuasa khususnya Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi penguat kuasa kerap melakukan operasi, kegiatan tidak bermoral itu semakin berleluasa serta menjadi penyumbang kepada masalah sosial di negara ini.
p/s : IBM kata : " Nasib baik le belum ada wanita-wanita kita yang sanggup membayar wang sebanyak itu semata-mata nak melacurkan diri. Wanita -wanita negara kita masih ada harga diri. Bertuah kita dapat hidup di negara yang aman damai seperti Malaysia ni. tapi....mungkin ini akan berubah sekiranya pembangkang mengambil alih pentadbiran negara. Kerana apa?......kerana ramai pemimpin-pemimpin mereka yang perangai mereka tak ubah seperti pelacur. Mereka melacurkan diri mereka kerana 'politik' yang di ketuai oleh si peliwat dan pembohong no 1 negara. Tak payah IBM sebutkan namanya kerana anda semua dah tahu siapa dia. Selamatkan negara kita dari pelacur-pelacur ni. Sekian."
Terima kasih Kosmo Online.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                     ___________________________________________

2 comments:

  1. bayausbh.blogspot.com

    Memang perkara sebegini kerap kali berlaku..apa kata pengawasan dan pemantauan perlulah kerap dilakukan bagi memastikan perkara sebegini tidak akan beroperasi lagi..

    ReplyDelete
  2. Salam orang Sabah.

    Kita harap begitulah agar ianya tidak berlarutan dan ini akan memudaratkan negara. Insyallah, kita rakyat yg prihatin dgn permasalahan yg tak bermoral ini, berilah kerjasama dgn kerajaan dan pihak yg berwajib supaya tidak beroperasi lagi....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...