SUNGAI BULOH - Pagi-pagi IBM dah sampai ke Paya Jaras Hilir tempatnya berlangsung 'Karnival Jalinan Mesra KEMAS Parlimen Subang' yang mana Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan merasmikan kanival tersebut. Turut hadir sama, ADUN Paya Jaras, YB IR Datuk Busro dan juga pemimpin-pimpin Umno Bahagian Subang, pegawai-pegawai Kemas negeri dan ramai lagi. IBM datang awal takut sesat jalan. Maklumlah IBM jarang sampai kesitu. IBM ke karnival tersebut diatas tiket sebagai pengerusi Kemas tempat IBM tinggal kerana ianya di bawah naungan Parlimen Subang.
IBM sempat minum pagi bersama DS Mohd Shafie sebelum beliau merasmikan karnival tersebut. Dan tepat pukul 10 pagi beliau berucap dan seterusnya merasmikan Karnival Jalinan Mesra KEMAS Parlimen Subang. Biasalah bila seorang Menteri turun padang sudah tentu ianya merupakan komitmen Barisan Nasional untuk membantu rakyat disamping dapat beramah mesra dengan rakyat jelata. Ini bukan 'kempen atau lawatan mesra' pilihan raya seperti yang di tuduh oleh pembangkang.
IBM dapat rasakan 'semboyan pilihanraya akan ditiup' oleh Perdana Menteri kita tak lama lagi. Percayalah. Dalam pada masa sama, didalam ucapan DS Shafie Apdal, memidas dan mencabar PAS keluar daripada parti pakatan rakyat ekoran daripada kenyataan Ketua Pembangkang itu, DS Anwar Ibrahim yang menyokong Israel seperti yang dilaporkan 'TheWall Street Journal' baru-baru ini.
Tak guna meminta Anwar menarik balik kenyataan tersebut. Buat apa lagi?....kalau berani Tok Guru Nik Aziz tarik je PAS keluar dari Pakatan, katanya lagi. Dan sepekara lagi, jika kenyataan dari The Street Waal Journal tu tidak benar atau diputar belitkan, maka sudah seharusnya Anwar menyaman Akhbar tersebut. Anwar ada berani ke?? IBM rasa Anwar tak akan beranai nak saman akhbar tersebut, kerana ianya benar, dan benar belaka.
Sebelum mengakhiri ucapan beliau, DS Shafie menjelaskan bahawa Barisan Nasional konsisten dengan pendiriannya menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang Israel. Dan, akhir sekali beliau menyeru kepada semua warga Paya Jaras supaya sentiasa menyokong Barisan Nasional dan berharap dapat berganding bahu untuk merampas kembali negeri Selangor dari Pakatan Rakyat, Pakatan Reput.
Sebelum pulang beliau membuat 'walkabout' dan bersalam dan beramah mesra dengan penduduk-penduduk di situ. IBM harap ianya akan menjadi kenyataan, Selangor kembali ke tangan kita, tangan keramat UMNO/BN. Insyallah. Sekian.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA