Monday, February 20, 2012

Siapa Kata Latif Ibrahim Meninggal?...Karut Le Korang Ni


Salam Untuk Semua.
APA faedahnya korang semua sebarkan berita yang tak betul ni. Kenapa korang sakit hati dengan Latif Ibrahim sehingga korang sanggup buat cerita yang beliau telah meninggal dunia semalam. Pada hal beliau sihat, wal'afiat dan sedang berihat di IJN.

Spekulasi yang mengatakan penyanyi dan pelakon veteran tahun 80-an iaitu Latif Ibrahim meninggal dunia pada Sabtu adalah tidak benar. Sebaliknya penyanyi itu berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut jantung Negara (IJN) . 

Oleh itu mari kita sama-sama mendoakan agar beliau cepat sembuh dan menjalani kehidupan harian seperti biasa dan bergiat kembali ke dunia seni hiburan. Ramai peminat-peminatnya rindukan suara 'jantan' yang begitu merdu dan enak di dengar. Selamat beristerihat Latif. Sekian. Dari saya - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

DIKEMAS KINI :
Berita Terkini : Al-Fatihah!! Latif Ibrahim Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung.

PETALING JAYA : Penyanyi Abdul Latif, 62 tahun, atau dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Insitutut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung. mengikut sumber, Allahyaraham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

Jenazah Allahyaraham akan dibawa pulang kerumahnya di AU3, Keramat, tapi lokasi pengkebumian masih belum dapat dipastikan. Mari kita ramai-ramai sedekahkan al-fatihah kepada Allahyarham, moga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. Ikhlas dari saya : IBM

4 comments:

  1. Assalam bro.
    Kot iya pun nak membetulkan fakta,mulut jangan cepat sangat menuduh orang sakit hati terhadap Latiff Ibrahim.

    Tak ada sebab orang nak sakit hati dengan beliau sbb dia bukan orang politik pun.Cuma sebagai peminat mungkin terkesan dengan berita palsu pemergian beliau sehari dua ni,

    Saya tenguk cara sdra berblog dari awal lagi cuba nak jadi hero dalam sesuatu isu terutamanya bila melibatkan orang politik.Kadang2 membodek tahap dewa.So agak agaklah sdra bila dah join komuniti blogger ni sdra,jgn suka nak menyerang pendapat atau artikel orang lain,takut sdra tak tahan bila kena serangan balas.

    Sdra berhak atas pendapat dan pandangan sdra tapi janganlah cuba menunjukan sdra terbaik dan terhebat dengan mengutuk orang lain.Kesilapan sesekali berlaku dalam menyampaikan maklumat dan bila ianya berlaku KAMI sebagai blogger akan memohon maaf atau menarik balik artikel yang telah disiar dan membuat pembetulan.

    Dunia blogger tidak memerlukan HERO spt sdra yang hanya pandai menunjukan kesilapan orang lain..jadi agak agaklah kalau dah rasa diri itu hero.Soal sdra nak bodek pemimpin Umno itu sdra punya hak dan punya hal.

    ReplyDelete
  2. Jangan bergaduh sesama sendiri.Homo cun pun dah bersatu bontot dengan sayangku,takkan korang blogers semua tak boleh bersatu?

    ReplyDelete
  3. Salam bro aku Peduli Apa @ APA,

    Maaf le. Saya x tuduh sesiapa dan menyebutkan nama yg menyibarkan fitnah terhadap Latif ibrahim. Jgn salah anggap. saya bukan nk jadi hero pada mana2 pihak. Betul u blogger, saya pun blogger. Perkataan serang tu, adalah perkataan yg salah bro gunakan. kalau saya menyerang, saya akan tujukkan terhadap individu. tapi, nampaknya ada org yg nak jadi hero menyebarkan cerita yg x benar.

    So, If i'm wrong in this matter, pls forgive me, coz' i'm human, bounch to make mistake....n pls bare in mind, i'm not the best.......:)

    ReplyDelete
  4. pukimaq,

    Tak adalah. Kita org bukan bergaduh. Kadang2 perbezaan pendapat tu memang ada...kita kan manusia biasa. tiada siapa yg jadi hero di dlm dunia ni. hanya Allah swt yg lebih berkuasa.....insyallah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...