Wednesday, February 1, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

 (Gambar Hiasan)

01 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

BARISAN NASIONAL MENERIMA SEMULA KEMASUKAN PARTI BERSATU SABAH
Pada hari ini dalam tahun 2002, Barisan Nasional (BN) telah menerima semula kemasukan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang meninggalkan gabungan tersebut menjelang pilihan raya umum tahun 1990. Pengerusi BN, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa, keputusan secara sebulat suara telah  dicapai dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra yang dihadiri oleh semua parti komponen. Kemasukan PBS mengembalikan semula jumlah anggota komponen BN kepada 14 parti selepas Parti Angkatan Keadilan Rakyat (Akar) dibubarkan pada 20 Mei 2001.  Pada 15 November 2001,  PBS telah mengemukakan permohonan rasmi untuk menyertai BN, dengan alasan untuk sama-sama menyumbang usaha dan tenaga bagi membina negara ini serta untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Selain PBS, BN dianggotai oleh UMNO selaku parti tonggak, MCA, MIC, Gerakan, Parti Progresif Penduduk (PPP), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Parti Progresif Sabah (SAPP), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Demokratik Sabah (PDS).

SUMBER : [ARKIB NEGARA.COM]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
 WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG K                                       
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...