Saturday, February 11, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

 Hutan Rimba Templer (Templer Park)

11 Februari

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

TAMAN TEMPLER DIWARTAKAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Pada hari ini dalam tahun 1955,  Taman Templer, yang telah dibuka pada bulan Mei 1954 oleh Sir Gerald Templer telah diisytihar oleh Kerajaan Negeri Selangor terletak di bawah Warta Kerajaan no. 104,  kawalan dan pemeliharaan alam semulajadi.  Sehubungan dengan itu satu jawatankuasa yang terdiri daripada pegawa-pegawai Jabatan Pertanian dan Perhutanan telah ditubuhkan.   Jawatankuasa yang  dipengerusikan oleh Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri telah dipertanggungjawabkan untuk memelihara dan memajukan kawasan taman tersebut.  Pada bulan Oktober 1955, sebuah badan sukarela iaitu "Persatuan Sahabat Taman Templer" (Friends of Templer Park) telah mengambil alih peranan mengurus dan memelihara taman tersebut dan pada tahun 1957 ianya telah diletak dibawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Sementara itu, Persatuan Sahabat Taman Templer  berperanan sebagai agen pada kementerian ini untuk membangunkan Taman tersebut.  Usaha mewartakan taman ini oleh kerajaan Selangor telah menunjukkan keperihatinan negara terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi negara telah bermula sejak sebelum kemerdekaan lagi. Kini setelah 50 tahun, negara mencapai kemerdekaan usaha-usaha mengekalkan alam sekitar ini diteruskan demi kesejahteraan sejagat.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.COM]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...