KADANG-kadang memang susah kita nak menilai atau membuat andaian terhadap kenyataan seseorang. Terutamanya orang-orang politik. Sejauh mana kebenaran dan kejujuran mereka-mereka ini amatlah sukar untuk di analisakan. kadang-kadang mulut depa kata tak nak, tapi hati depa siapa yang tahu. Mungkin hatinya kata nak.
Begitulah jugalah dalam soal pangkat atau jawatan dalam kancah politik tanah air. Apabila menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU), maka kedengaranlah desas-desus dikalangan ahli-ahli politik kita yang menyuarakan pendapat sama ada mereka akan bertanding lagi atau tidak. Tapi, keputusan itu akan dibuat oleh pucuk pimpinan parti.
Bercerita tentang Pilihan raya umum yang akan datang ni, mantan Perdana Menteri kita, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) sama ada beliau terus diberi peluang bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Keputusan sama ada beliau akan terus jadi calon atau tidak akan dibuat oleh Pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Yang penting adalah untuk menentukan BN dapat mengekalkan kerusi Parlimen Kepala Batas, katanya selepas menyampaikan Insentif Peningkatan Hasil (IPH) kepada pesawah di sini, semalam. Apa yang penting untuk kita sekarang bukan sahaja mengekalkan kejayaan BN, tetapi juga memastikan kejayaan lebih baik, katanya.Abdullah, yang menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas sejak 1978 dan meletak jawatan sebagai perdana menteri tiga tahun lalu berkata, beliau akan terus memegang jawatan Ketua Umno Kepala Batas sehingga pemilihan akan datang.
Ditanya mengenai berlakunya sabotaj dalaman parti di kalangan ahli Umno Kepala Batas, Abdullah berkata, beliau tidak pasti sejauh mana sabotaj itu berlaku. Kepada Pak Lah, IBM cuma nak pesan agar perkara sabatoj ini tidak lagi berlaku didalam parti Umno, parti orang melayu yang kita kasihi. Gunakan lah kebijakasanaan kamu wahai Pak Lah. Sekiranya kamu sendiri merasakan tidak boleh menang, tarik diri dan berilah laluan kepada calon-calon yang boleh 'menang'.
Pak Lah....jasa mu tetap dikenang. Bantulah UMNO/BN dan tawan kembali negeri Pulau Pinang daripada DAPig yang telah banyak menyusahkan rakyat, terutamanya orang-orang melayu di Pulau Pinang. Lupakan seketika sama ada Pak Lah akan dicalonkan semula atau tidak. IBM yakin, DS Najib tahu apa yang dia buat. Sudah mestilah untuk kebaikkan rakyat semua. Sekian.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
_______________________________________