Tuesday, February 21, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

Universiti Pengurusan Sultan Idris

21 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS (MPSI) DINAIKKAN TARAF KEPADA INSTITUT PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (IPSI)
Pada  hari  ini  dalam  tahun  1987,  Kementerian  Pelajaran  telah  mengisytiharkan  Maktab  Perguruan  Sultan  Idris (MPSI)  dinaikkan  taraf  daripada  sebuah  maktab  menjadi  institut  dan  bergelar  Institut  Pendidikan  Sultan  Idris (IPSI).   Usaha  menaikkan  taraf  ini  adalah  hasil  kerjasama  pihak  Kementerian  Pelajaran   dan  Persatuan  Suluh  Budiman  iaitu  Persatuan  Profesional  Para  Lepasan  Maktab  berkenaan  sejak  sekian  lama.  MPSI  telah  ditubuhkan  pada  29  November  1922,  ketika  ditubuhkan  Maktab  ini  dinamakan  Sultan  Idris  Training  College  For  Malay  Teachers  atau  ringkasnya  SITC,  sebagai  menghormati  Almarhum  Sultan  Idris  ibni  Almarhum  Raja  Iskandar,  Sultan  Perak.  Berikutan  daripada  kenaikan  tarafnya,  IPSI  telah  diberikan  kuasa  untuk  mengendalikan  Kursus  Sijil  Lanjutan  Perguruan  dan  Diploma  Lepasan  Ijazah.  Bersesuaian  dengan  peranan  dan  kepentingannya, ia  telah  mendorong  kerajaan  untuk  menaikkan  taraf  institut  pendidikan  ini  ke  peringkat  yang  lebih  tinggi  sebagai  Universiti  Perguruan  Sultan  Idris  atau  UPSI  pada  1  Mei  1997.  Sesungguhnya,  kenaikan  taraf  ini  memberikan  impak  yang  penting  dalam  mengembangkan  institusi  akademik  dari  segi  bahasa,  sejarah  dan  budaya,  yang  bertujuan  untuk  mengimbangi  perkembangan  sains,  teknologi  dan  industri  agar  tidak  tempang

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.COM]

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...