PARTI PERIKATAN
17 FEBRUARI
SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN
PEMBUKAAN SEMINAR PERIKATAN YANG PERTAMA BAGI WAKIL-WAKIL RAKYAT DAN SENATOR-SENATOR |
PEMBUKAAN SEMINAR PERIKATAN YANG PERTAMA BAGI WAKIL-WAKIL RAKYAT DAN SENATOR-SENATORTarikh Peristiwa : 17-02-1971
Pada hari ini dalam tahun 1971, Seminar Parti PERIKATAN yang pertama diadakan di Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Seminar tersebut telah dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Seminar ini diadakan bagi mengkaji soal-soal berkaitan dengan perjalanan Parti dan Kerajaan, serta merangka garis-garis perjuangan masa depan parti disamping memahami perhubungan Kerajaan dan Parti. Tujuan utama diadakan seminar ini ialah untuk membolehkan wakil-wakil rakyat dan senator-senator memahami dengan lebih jelas dasar-dasar kerajaan dan semangat serta matlamat dasar-dasar tersebut bagi membolehkan mereka menjalankan tugas masing-masing dengan lebih efektif dan sempurna. Selain itu, seminar ini juga bagi membolehkan wakil-wakil rakyat bertukar-tukar fikiran sesama sendiri dan dengan ahli-ahli kerajaan bagi mewujudkan persefahaman dalam hal-hal berkaitan kepentingan rakyat dan negara serta melicinkan jentera parti dengan mengukuhkan lagi ko-ordinasi Kerajaan dan parti. Dalam ucapannya, YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein mengingatkan seluruh rakyat agar mempunyai sikap bertanggungjawab dan berpandangan jauh bagi mencapai kemajuan ekonomi serta memelihara sistem demokrasi negara.
SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.COM]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
|