Saturday, February 18, 2012

Pas Terus Bergolak. Ahli Desak Pas Keluar Dari Pakatan Pembangkang. Apa Kata Tok Guru Dan Hj Hadi??

PULAU PINANG - Sekumpulan ahli dan bekas ahli Pas di negeri ini mendesak parti itu keluar pakatan pembangkang berikutan keengganan Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan dalam The Wall Street Journal (WSJ) mengenai sokongannya terhadap usaha memastikan keselamatan negara Israel.

MOHAMED Hafiz Mohamed Nordin (depan, dua dari kanan) bersama ahli dan penyokong Pas mengadakan bantahan secara aman terhadap Anwar Ibrahim di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.


Kumpulan tersebut yang diketuai oleh bekas Ketua Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin turut menyeru semua pengundi di kawasan Permatang Pauh menolak Ketua Pembangkang itu sebagai calon pada pilihan raya umum nanti. Menurut Mohamed Hafiz, Pas perlu mengkaji semula kedudukannya dalam pembangkang kerana mereka tidak memperjuangkan Islam, sebaliknya menyokong Yahudi.

Tegasnya, sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum dan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri, negara akan hancur kerana menjalin hubungan diplomatik dengan Israel. "Cukuplah selama ini Pas menjalin hubungan dengan pembangkang (DAP dan PKR) kerana tiada perubahan yang berlaku, malah jika Anwar menjadi Perdana Menteri, sudah pasti Kedutaan Israel bakal beroperasi di Kuala Lumpur.

Kita selalu berusaha membantu Palestin, tetapi dia (Anwar) demi jawatan sanggup berbuat apa sahaja tanpa mempedulikan kesengsaraan yang dialami ribuan umat Islam di bumi Palestin," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai perhimpunan secara aman oleh kira-kira 30 orang di Jalan Datuk Keramat, di sini selepas solat Jumaat. Mereka juga melekatkan gambar Anwar di sebuah kerusi sebelum menterbalikkan sebagai simbolik menolaknya untuk calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Selain itu, mereka melaungkan 'Israel penceroboh', 'Anwar sokong penceroboh' dan 'Hapus Anwar'.

p/s IBM Kata : "Elok beno le kalau Pas mahu keluar dari Pakatan Pembangkang. Kan dapat apa pun, malah makin lama Pas bersama pembangkang bertambah sesat dan lari dari perjuangan Pas yang sebenarnya. Demi maruah agama dan bangsa, IBM rasa tak payah ahli-ahli Pas meminta pemimpin-pemimpin atasan mereka seperti Tok Guru atau Hj Hadi untuk keluar dari pakatan. Buat keputusan sendiri dan hukum mereka-mereka ini dengan menggunakan kuasa 'tangan' kamu semua semasa keluar mengundi di PRU ke-13 nanti. Tolak pakatan pembangkang. Itulah yang sewajarnya."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

3 comments:

  1. x payah susah2 ahli PAS minta PAS kluar Pakatan.tunjukkan protes melalui undi di PRU nanti,br tau kuasa undi ditangan ahli,bukan parti semata2.ajar sikit ketua2 bebal di atas tu.

    ReplyDelete
  2. anonymous,

    Terima kasih di atas komen di atas. IBM setuju dgn apa yg anda katakan. Undi protes di kalangan mereka (ahli Pas) sudah cukup utk mengajar pemimpin2 Pas yg bebal dan sombong tu...

    ReplyDelete
  3. jadi ahli sesebuah parti belum menjamin akan mengundi parti berkenaan...jika tidak masakan kawasan yg menjadi kubu kuat boleh tumbang...pernah satu ketika ada seeorang pemuda di kampong yang ke hulu ke hilir mengusung bendera...tiba hari mengundi beliau tidak mengundi pun...sebab tak daftar sebagai pengundi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...