Saturday, February 11, 2012

Bekas Kekasih Eli Berdepan Hukuman Penjara. Eli Tak Kesian Ke???


Handsome jugak si mamat ni. Patut le Eli sayang sangat kat dia. Tapi.....nun di Indonesia, perkhabaran yang kurang baik kerana Hilmi Hazimin Malek atau sebelum ini hanya dikenali sebagai Hilmi yang ditahan di Batam, Indonesia atas kesalahan memiliki dokumen palsu berdepan dengan hukuman penjara lima tahun dan denda maksimum Rp500 juta (RM170,000) jika didakwa dan didapati bersalah atas perbuatannya itu.

Satu sumber berkata, Hilmi yang masih ditahan di Jabatan Imigresen Batam Sentral sejak Jumaat lalu ketika memperbaharui pasport palsu di republik itu akan didakwa di bawah Pasal 126 Undang-Undang No.6 Tahun 2011 yang berkaitan dengan imigrasi.
“Kesalahan memalsukan dokumen yang dilakukan oleh Hilmi merupakan satu jenayah berat di Indonesia dan sekiranya siasatan mendapati dia bersalah dia akan didakwa,” kata sumber itu ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Apa, Eli tak rasa apa-apa ke bila dengar bekas kekasihnya itu akan di dakwa?
IBM dapat tahu dari seorang sahabat karib Hilmi bahawa Eli masih sayangkan Hilmi. Betul ke tidak IBM tak tahu le. Tapi, itulah yang IBM tahu apabila diberitahu oleh seseorang yang rapat dengan bekas kekasih Eli. Kalau dia bohong, IBM pun bohong jugak lah.  Apapun, kita tunggu apa kesudahan cerita Eli dengan Hilmi ni. 
Tak sabar nak dengar komen dari Menteri Besar Selangor, Khalid gagap tentang skandal ini. Ramai yang mencabar si gagap menguggurkan Eli dari jawatan Exco Selangor, kerana ini membabitkan moral dan maruah diri sebagai seorang wakil rakyat. Rakyat tak mahu mempunyai wakil mereka yang perangainya tak senonoh seperti Eli ini.
Khalid gagap perlu bertanggung jawab di dalam hal ini. Jangan kencing rakyat lagi wahai Khalid ooi. Cukuplah parti yang kamu dukung tu bernama PKR, iaitu 'Parti Kencing Rakyat'. Sekian.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                      ___________________________________________
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...