Wednesday, February 8, 2012

Liga Super 2012 : Selangor Gagal Kutip Mata Penuh


SEMBANG-SEMBANG BOLASEPAK LIGA SUPER M :

SELANGOR gagal mengutip mata penuh diperlawanan Liga Super menentang Lions Xll  di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi.. Pasukan gergasi merah kuning hanya mampu seri 1-1 dengan Lions Xll. Walaupun Selangor banyak menguasi perlawanan, tapi barisan penyerangnya gagal menjaringkan gol. 

Sebaliknya, Lions Xll terlebih dahulu menjaringkan gol pendahuluan di separuh masa pertama, iaitu di minit-minit terakhir perlawanan. Shahril Ishak menghukum pasukan Selangor di atas kesilapan daripada pertahanan Selangor di minit ke 44'. 

Nasib menyebelahi pasukan merah kuning, seminit selepas Lions Xll menjaringkan gol, tiba-tiba muncul K Gurusamy melepaskan sepakan kencang pada minit ke 45+1' menyamakan kedudukan dan sekali gus menyelamatkan maruah pasukan Selangor daripada tewas di gelanggang sendiri.

Diseparuh masa kedua, pasukan Lions Xll mengamalkan permainan bertahan. Pasukan Selangor membuat serangan bertubi-tubi ke pintu gol pasukan lawan, tapi, sayang, penyudahnya tiada. Dengan erti kata lain, Selangor memerlukan pemain import yang berkualiti bagi jentera penyerang. Selangor malam ini, terlalu  bergantung kepad kapten pasukannya, Amri Yahya dan Safiq Rahim untuk menjaringkan gol, tapi, K Gurusamy menjadi penyelamat dan IBM boleh katakan beliau lah 'man of the match' pada malam ini.

Keputusan-keputusan perlawanan yang lain, boleh anda dapatkan di akhbar-akhbar tempatan esok. Majulah sukan untuk negara. Sekian.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                           _______________________________________________________

2 comments:

  1. aku letih dgn s'gor ni. bukan cerita politiknya tp kali ini dgn strategi pemilihan pemain pasukan. kuat pertahanan tp bhgn serangan, adusss... entah hape2. setakat kuat bertahan maknanya nk seri. buatlah sesuatu wahai s'gor ku sebelum aku 'pengsan'...

    ReplyDelete
  2. Salam bro usin,
    IBM pun sama juga. Letih tgk cara Selangor main. Pasukan2 lain dah ada pemain import terutamanya penyerang, tapi, Selangor masih tercari2. Nak harapkan Amri Yahya, Safiq Rahim, Amirul Zainal, memang pengsan kita. Mood bagus, depa boleh perform.....kalau tidak asyik2 miss. Kita amat rugi sekiranya bermain di tempat sendiri, tapi tak dpt mata penuh. Selangor akan terus ketinggalan sekirannya tahap permainan mereka seperti itu. Jgn cium nak dpt Piala Malaysia, FA atau pun liga. Silap haribulan, satu piala pun tak ada....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...