Saturday, February 18, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang pertama

18 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PERSIDANGAN PERTAMA RAJA-RAJA MELAYU :

Pada hari ini dalam tahun 1948, satu persidangan Raja-Raja Perseketuan Tanah Melayu telah diadkan di Dewan Majlis Perundangan Perseketuan. Persidangan ini merupakan satu peristiwa bersejarah kerana buat pertama kalinya selepas perjanjian Persekutuan dan Negeri-negeri ditandangi kesemua Raja-Raja Melayu telah duduk bersama di meja rundingan. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Abu Bakar yang juga telah dilantik sebagap pengerusi. Baginda juga telah diberi penghormatan unutk memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada 106 orang pegawai dan anggota askar Melayu dan Batalion kedua. Persidangan ini telah diadakan bagi memenuhi ketetapan di dalam Perlembangaan 1948 yang menetapkan Raja-Raja Melayu untuk bersidang sekali dalam tempuh tiga tahun. Melalui persidangan ini Raja-Raja Melayu telah dapat menjalin kerjasama dan kesepakatan dalam hal-hal yang berkaitan dengan soal kepentingan rakyat secara bersama. Bersempena dengan persidangan yang ulung kali diadakan ini Raja-Raja Melayu, telah berikrar unutk bersatu memimpin negara demi menjamin kesejahteraan dan kemajuan Perseketuan Tanah Melayu. Kini setalah 50 tahun kemerdekaan negara, institusi raja di Malaysia masih tetap utuh dan unggul, lambang perpaduan dan kemakmuran negara.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.COM]

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...