Monday, February 27, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

Album : Peletakan Batu Asas Masjid Negara

27 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PELETAKAN BATU ASAS MASJID NEGARA

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1963,  DYMM  Seri  Paduka  Baginda  Yang  di-pertuan  Agong  Tuanku  Syed  Putra  Ibni  Almarhum  Syed  Hassan  Jamalullail  telah  menyempurnakan  peletakan  batu  asas  kepada  pembinaan  Masjid  Negara  di Kuala  Lumpur.  Pembinaan  Masjid  yang  bernilai  $10  juta  ini  adalah  bertitik  tolak  daripada  keputusan  Majlis  Kerja  Persekutuan  yang  ingin  mendirikan  sebuah  masjid  sebagai  tanda  penghargaan  kepada  Perdana  Menteri  ketika  itu,  iaitu  YTM  Tunku  Abdul  Rahman  Putra  Al-Haj  terhadap  jasa-jasanya  kepada  rakyat.  Majlis  Raja-raja  telah  memperkenankan  projek  tersebut  selepas  negara  mencapai  kemerdekaan  pada  tahun  1957.  Pembinaan  masjid  ini  memakan  masa  selama  tiga  tahun  dan  telah  dibuka  dengan  rasminya  pada  tanggal  27 Ogos  1965  oleh  DYMM  Seri  Paduka  Baginda  Yang  di-pertuan  Agong  Tuanku  Syed  Putra  Ibni  Almarhum  Syed  Hassan  Jamalullail.  Reka  bentuk  dan  penyeliaan  bangunan  ini  telah  dilakukan  oleh  para  arkitek  Bahagian  Reka  Bentuk  dan  Penyelidikan, Jabatan  Kerja  Raya  Persekutuan  di bawah  arkitek  utamanya  iaitu  Baharuddin  Abu  Kassim. Antara  kemudahan-kemudahan  yang  disedikan  di masjid  ini  ialah  dewan  sembahyang  seluas  22,500  kaki  persegi,  dewan  persidangan,  perpustakaan,  bilik  diraja  dan  sebuah  bilik  imam. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...