Sunday, February 12, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


12 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PENUBUHAN PERSATUAN PENULIS NASIONAL (PENA)
PENUBUHAN PERSATUAN PENULIS NASIONAL (PENA)Tarikh Peristiwa : 12-02-1961
Pada hari ini dalam tahun 1980, melalui satu persidangan yang dihadiri oleh kira-kira 65 orang penulis bertempat di Universiti Malaya Kuala Lumpur, YB Encik Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran telah merasmikan penubuhan persatuan tersebut. Kelahiran persatuan ini adalah sesuai pada masanya dan sejajar dengan perkembangan dan perubahan-perubahan baru yang terdapat dalam negara. Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang berdaulat kerana baru beberapa tahun sahaja mencapai kemerdekaan.  Pusat kegiatan politik, ilmu pengetahuan dan kebudayaan telah berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur. Universiti Malaya bukan lagi di Bukit Timah tetapi mempunyai tapak baru di Lembah Pantai; demikian juga dengannya Jabatan Pengajian Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, (PBMUM). Markas surat-surat khabar dan majalah turut terlibat dalam perpindahan ke utara. Semua ini mempunyai pengaruh dan galakan yang sihat kepada pertumbuhan dan kegiatan-kegiatan kebudayaan dan kesusasteraan kebangsaan. Ia juga memberi nafas dan semangat serta kepercayaan baru kepada penulis mengenai tanggungjawab mereka dalam usaha-usaha mengisi kemerdekaan melalui kesusasteraan serta kesedaran untuk membela maruah dan hak-hak kaum sasterawan. Selain daripada tokoh-tokoh pengasas di atas, tokoh-tokoh seperti Noor Azam, Hassan Ibrahim, Bakar Hamid, Adam Kadir, Salleh Daud, Omar Mohd. Hashim, Hassan Ahmad, Baha Zain, Kassim Ahmad dan Abdullah Hussein, juga menjadi penggerak utama Persatuan Penulis Nasional. Kegiatan-kegiatan persatuan ini meliputi bidang penerbitan majalah, (SUARA PENA PENULIS), ceramah, forum, diskusi buku, mengadakan kursus penulisan kreatif kepada bakat-bakat baru, seminar, pameran buku dan membuat lawatan-lawatan sambil belajar ke luar negeri. Isu-isu terpenting yang telah diperjuangkan oleh PENA ialah mengenai penubuhan Universiti Kebangsaan; taraf, kedaulatan dan perlaksanaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, soal hak-cipta, serta penyusunan semula kursus-kursus di Jabatan Pengajian Melayu.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.COM]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA  
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...