Tuesday, February 14, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

 2 Pendaki Malaysia yang berjaya  berada di puncak gunung Everest

14 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PELANCARAN PROJEK MENDAKI GUNUNG EVEREST
TARIKH PERISTIWA : 14.02.1988.

Pada hari ini dalam tahun 1988, Menteri Belia dan Sukan, Y.B. Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan projek Mendaki Gungun Everest. Projek ini dikendalikan secara kerjasama di antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Persatuan mendaki Malaysia. Ketika berucap merasmikan pelancaran projek tersebut, Datuk Sri Mohd Najib menyatakan bahawa seandainya rakyat masih lagi mempunyai jiwa dan cita-cita yang kecil ia tidak mampu membantu negara mencapai tahap kejayaan yang membanggakan. Beliau mengesa seluruh rakyat agar berjuang ke arah mencapai kecemerlangan di dalam semua lapangan termassuklah bidang pentadbiran, siasah, pembangunan ekonomi dan kemanusian. Projek Everest yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri, Y.A.B Dato' Dr. Mahathir ini bertujuan unutk mendorong rakyat Malaysia berusah gigih untuk mencapai kejayaan yang gemilang. Berikutan itu, pada 23 Mei 1977, dua orang rakyat Malaysia iaitu, M.Magendran dan N.Mohandas telah berjaya menakluki Gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian 29,000 kaki di atas paras laut. Ekspedisi Gunung Everest Malaysia ini telah dianggoti oleh seramai 20 orang dan mendapat liputan harian selama hampir 55 hari oleh RTM.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.COM]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...