Saturday, February 4, 2012

Dah Pun Selesai. Muktamat, Hasan Ali Tak Rayu. Pas Mengelabah!!!

Perkembangan terkini :

SEMUANYA sudah berakhir dan terjawab. Bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali petang tadi menyatakan pendirian untuk tidak lagi bersama Pas kerana mendakwa parti itu sudah terkeluar daripada landasan sebenarnya iaitu untuk memartabatkan Islam.

Dalam sidang akhbarnya dirumah bersama media petang tadi memberitahu beliau tidak akan membuat rayuan berhubung pemecatannya daripada parti itu yang disifatkannya dilakukan secara 'autokratik dan tidak demokratik'.

Katanya lagi, setelah merenung berbagai sudut termasuk kepraktikan gerak kerja beliau seterusnya dan yang paling penting setelah beristikharah telah membawa beliau membuat keputusan untuk tidak membuat rayuan.

Hehehe....nampaknya tangapan IBM bahawa Datuk Dr Hasan buat pusingan 'U' adalah melesit sekali. Tapi, sebenarnya IBM sudah tahu akan pendirian Datuk Dr Hasan. IBM pasti dia tak akan buat rayuan, kerana, beliau seorang pejuang yang mempunyai pendirian dan prinsipnya sendiri.

IBM salute Datuk Dr Hasan dan berdoa agar beliau terus berjuang walaupun bukan lagi bersama Pas, tapi dengan badan bukan kerajaan (NGO), 'Jati' yang akan ditubuhkan tak lama lagi. Lepas tu bantulah Umno/BN ye Datuk. Hehehe.  Selamat berjuang Datuk!!!. Sekian.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                         _________________________________________
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...