Friday, February 3, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


O3 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

TABUNG KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA ISYTIHARKAN FAEDAH SEBANYAK 5½ PERATUS
Pihak Kerajaan memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan tabung kepada pekerja demi masa depan pekerja. Salah satu daripada tabung yang terbesar di negara ini ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pada hari ini 3 Februari 1967, Tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengisytiharkan faedah sebanyak 5½ peratus untuk simpanan tahun 1966. Faedah yang dimasukkan ke dalam akaun simpanan pekerja dianggarkan berjumlah sebanyak RM65 juta. Menurut Pengurus KWSP,  Encik Lee Siow Mong, jumlah yang terkumpul dalam tahun 1966 sebanyak RM137 juta iaitu pertambahan sebanyak RM11 juta berbanding dengan tahun sebelumnya. Manakala dari segi jumlah penyimpan pula seramai 1,600,000 pada tahun ini berbanding dengan 1,500,000 pada tahun 1965. Kadar faedah yang dikeluarkan oleh pihak KWSP pada tahun ini jika dibandingkan tahun-tahun selalunya adalah lebih baik, misalnya pada tahun 1963 sebanyak lima peratus sahaja. KWSP memainkan peranan yang penting bagi jaminan masa depan pekerja terutama untuk simpanan hari tua pekerja yang mencarum ke dalam skim ini. Selain daripada itu wang tersebut boleh juga dikeluarkan untuk keperluan yang penting kepada pencarum seperti untuk pembelian rumah dan merawat penyakit.
SUMBER : [ARKIB NEGARA.COM]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...