PERGOLAKAN kerajaan Pakatan Rakyat Kedah berterusan. Pening kepala DS Azizan sukar diubati. Semakin banyak dia telan 'panadol', semakin menjadi-jadi pening kepalanya. Apa tidaknya, kepercayaan dan keyakinan para exco terhadapnya sudah hilang dan ada yang akan mengosongkan jawatan masing-masing tanda protes.
Ada sumber mengatakan ada dalang yang ingin menjatuhkan DS Azizan. Ini kerana dendam, marah dik kerana mulut DS Azizan yang terlalu celupar. Tapi, bagi IBM itu bukan puncanya. Ada lagi yang lebih teruk yang membuatkan ada yang merancang untuk menjatuhkan beliau. Kononnya, dah lama. Adakah DS Anwar Ibrahim terbabit dan adakah beliau dalangnya?..desas-desus begitulah....
Mungkin Ustaz Azizan sedang berfikir. Mestikah aku letak jawatan?
Anwar tengah berfikir siapakah dikalangan pemimpin PKR Kedah yang layak mengantikan Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar Kedah. Licik si gampang ni.
Ekoran masalah yang kian meruncing, terdapat gesaan agar melantik seorang Timbalan Menteri Besar untuk membantu Azizan dalam usaha mengembalikan keyakinan sesama pemimpin Pakatan di Kedah, dan untuk memulihkan persepsi masyarakat umum terhadap kerajaan Pakatan Rakyat. Sebagai pilihan, mungkinkah Ustaz Azizan mengembalikan jawatan Menteri Besar kepada Dewan Undang Negeri Kedah untuk menilai semula berdasarkan undi keyakinan. Maksudnya, exco akan membuat undi tidak percaya kepada Ustaz Azizah.
Lebih malang lagi bagi Ustaz Azizan, bila muncul pula suara-suara dari dalam Pakatan Rakyat yang mahu Anwar campur tangan. Bagi PAS, walaupun kepimpinan Azizan ditolak oleh majoriti exco Pakatan Rakyat Kedah termasuk exco PAS sendiri. Tapi tidak sepatutnya Anwar Ibrahim, sebagai ketua umum PKR harus campur tangan. Mereka mempertikaikan kerana sumber dari PAS berkata, Anwar hanyalah ketua pembangkang di Parlimen, tapi tidak ada hak untuk mencampuri urusan rasmi kerajaan PAS Kedah.
'Perselingkahan PAS dan PKR' memang saling tidak menentu dalam berbagai isu. Khususnya yang menglibatkan prinsip Islam dan agama Islam itu sendiri. Bagi IBM, ianya jelas menunjukkan kedua-dua parti ini memang tidak sehaluan dan bukan rakan kongsi yang sebenarnya. Nampaknya baru sekarang PAS Kedah sedar siapa PKR yang sebenarnya. Dalam isu ini, PKR dilihat sedang berkira-kira untuk campur tangan dan menonjolkan diri. Ini bermakna, jarum Anwar sudah masuk. Memang itulah sifat Anwar dan PKR.....…
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA