13 FEBRUARI
SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN
AKTA MARDI DILULUSKAN OLEH PARLIMEN |
AKTA MARDI DILULUSKAN OLEH PARLIMENTarikh Peristiwa : 13-02-1969
Pada hari ini dalam tahun 1969, Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah diluluskan oleh Parlimen. Dengan kelulusan ini kerja-kerja persiapan menubuhkan MARDI semakin berjalan lancar dan menjadi kenyataan pada 28 Oktober dalam tahun yang sama. Usaha-usaha ke arah penubuhan institut ini telah lama dibincangkan. Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara telah menekankan perlunya diwujudkan institusi ini dalam mesyuarat-mesyuaratnya sejak bulan Disember 1967 lagi. Bermula dari kelulusan Akta Mardi 1969 dan juga penubuhannya kemudian, berbagai perancangan dan tindakan diambil untuk memajukan dan meningkatkan peranan MARDI itu. Setelah organisasi MARDI sebagai sebuah badan berkanun agak mantap baik daripada segi para pegawai dan kakitangan serta kemudahan-kemudahan peralatannya, pihak Kementerian Pertanian telah menyerahkan stesen-stesen penyelidikan untuk diambil alih oleh MARDI. Di antaranya stesen Parit, Perak. Cameron Highland, Pahang. Sungai Baging, Pahang. Jalan Kebun, Selangor dan Jeragau, Terengganu. Manakala stesen-stesen di Serdang dan Bumbung Lima telah diserahkan kepada tanggungjawab MARDI kemudiannya. Kini MARDI yang berpusat di Serdang telah berkembang pesat semenjak ianya dirancang dan ditubuhkan dahulu. Antara bahagian-bahagian di MARDI seperti Bahagian Kajiteknik Makanan, Serdang, Bahagian Penyelidikan Ikan Air Tawar, Melaka. Stesen Penyelidikan Pusat, Serdang dan lain-lain lagi.
SUMBER : [ARKIB NEGARA.COM]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
|