Thursday, February 2, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

(Gambar Hiasan)

02 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PERJANJIAN PERSEFAHAMAN PERTAHANAN MOU DIANTARA MALAYSIA DAN INDIA

Pada hari ini dalam tahun 1993, satu perjanjian persefahaman pertahanan MOU telah ditandangi di antara Kerajaan Malaysia dan India telah dimeterai bertempat di kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur. Menteri Pertahanan, Y.B Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak telah mewakali Kerajaan Malaysia, manakala Kerajaan India telah di wakali oleh Menteri Pertahanannya, Sharad Pawar. MOU ini merupakan yang pertama telah ditandatangi di antara kedua-dua buah negara sejak sekian lama wujudnya kerjasama pertahanan terutama dalam bidang latihan anggota tentera dan pembelian peralatan tentera. Berikutan dengan termetarai perjanjian persefahaman ini sebuah Jawatankuasa Bersama telah ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato' Kamaruzzaman Sharif bersama Setiausaha Kementerian Pertahanan India, W.N Wora. Berucap pada majlis tersebut Dato' Seri Najib menyatakan bahawa, antara lain MOU itu membolehkan kedua-kedua negara meluaskan lagi kerjasama yang sedia ada, disamping kerjasama pertahanan yang lain seperti teknikal dan bantuan logistik untuk tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

SUMBER : [ARKIB NEGARA.COM]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...