Wednesday, February 8, 2012

Orang Tua Nik Ni Perlu Ditarbiah!!!

SEMAKIN tua, semakin menjadi-jadi pulak Pok Nik ni. Usia dah lanjut, ada juga yang mengatakan Pok Nik ni dah nyanyuk, pendengaran pun dah kurang jelas (pekak), tapi masih tak mahu berubah. IBM rasa dah sampai masanya golongan ulama Pas menasihati dan mentarbiah Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat, maaf ye, malas nak taip Datuk, supaya kembali ke pangkal jalan dan berhenti daripada bersikap 'hipokrit' semata-mata untuk menjaga kepentingan politiknya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan (DAP).


Ramai diantara penganalisa politik berpendapat, keengganan Nik Aziz menyatakan pendirian beliau berhubung sokongan Anwar Ibrahim, maaf sekali lagi ye, malas nak taip Datuk Seri, terhadap keselamatan sebuah negara Israel baru-baru ini membuktikan beliau seorang pemimpin yang tidak berpendirian. IBM merasakan beliau sepatutnya berkata sesuatu yang lebih tegas bukannya berdiam diri atau sekadar meminta penjelasan Anwar yang sebenarnya hanya satu helah.

Bagi IBM, Nik Aziz sudah banyak menyeleweng, maka beliau perlu di tarbiahkan oleh para ulama Pas supaya kembali ke pangkal jalan. Nik Aziz perlu 'bertaubat'. Dan satu lagi yang paling ketara dalam diri Nik Aziz ialah sikapnya seolah-olah seperti 'pak turut'. Segala apa yang Anwar Ibrahim katakan beliau terus sokong. Dah kena gula-gula oleh Anwar ke orang tua Nik ni?.....atau memang dah nyanyuk. 


Sebagai seorang pemimpin parti yang memperjuangkan Islam, IBM merasakan, Nik Aziz tidak sepatutnya berdolak-dalik berhubung isu yang telah menguris hati umat Islam dan imej negara yang konsisten menentang kezaliman Zionis. Dan, yang menghairankan IBM dan orang ramai, Nik Aziz membuat andaian kononnya media memutar belitkan kenyataan Anwar, tetapi Anwar Ibrahim sendiri tidak menafikan kenyataan beliau di dalam akhbar 'Wall Strait Journal'.

Maka, ini jelas menunjukkan, tindak-tanduk Nik Aziz dan penyokong PKR yang mempertahankan kenyataan Anwar ada mempunyai kaitan dengan harapan pembangkang meraih bantuan daripada Amerika Syarikat (AS) dan Yahudi untuk memenangi pilihan raya akan datang. Apa yang IBM bimbangkan, bukan saja IBM, tapi anda semua, dan rakyat negara amnya merasakan imej Malaysia yang selama ini konsisten menentang kezaliman Zionis akan bertukar menjadi sebuah negara pro-Israel jika pembangkang memenangi pilihan raya akan datang. Oleh itu, mari sama-sama berfikir, perlukah kita tukar kerjaan yang ada sekarang kepada kerajaan yang baru, yang mana tidak mempunyai pengalaman dan mempunyai cita rasa politik yang corak pemerintahannya mirip kepada Yahudi. Fikir-fikirkanlah. Sekain.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                     ____________________________________________
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...