Sempadan Malaysia - Thai
05 FEBRUARI
SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN
PERJANJIAN BARU SEMPADAN MALAYSIA-THAI |
Pada hari ini dalam tahun 1977, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie mengumumkan satu perjanjian baru sempadan akan ditandatangani di antara Malaysia - Thailand apabila Perdana Menteri Datuk Hussein Onn mengadakan lawatan ke Thailand bulan Mac depan. Perjanjian baru ini telah digerakkan hasil rundingan antara Menteri Luar Malaysia Tengku Ahmad Rithauddin dengan Menteri Luar Thai Dr. Upadit Pachariyankun di Wisma Putra, Kuala Lumpur. Perjanjian baru ini hampir sama dengan perjanjian lama, perubahan yang dilakukan bertujuan memastikan keselamatan sempadan lebih terjamin dan usaha menghapuskan komunis di sempadan antara kedua-dua negara dapat dijalankan secara lebih berkesan. Dengan adanya pindaan perjanjian yang asal, akan membuka jalan kepada kerjasama seperti gerakan bersama tentera bagi menghapus pengganas di antara tentera kedua-dua negara. Antara peruntukan khas dalam perjanjian ini yang membolehkan pasukan tentera kedua-dua negara menyeberang masuk ke wilayah masing-masing bagi memburu pengganas. Perjanjian telah disempurnakan pada 4 Mac 1977 apabila Perdana Menteri Malaysia Datuk Hussein Onn mengadakan lawatan rasmi ke Bangkok pada 4-6 Mac 1977.
SUMBER : [ARKIB NEGARA.COM]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
|