ITULAH kerja PKR ni. Tak habis-habis salahkan orang dan membuat tuduhan melulu. Insident di Sembrong semalam yang mana kononnya ceramah DS Anwar di ganggu adalah rekaan PKR semata-mata. Melihat sambutan yang dingin dari orang Sembrong, mereka mengalih pandangan dan mula buat hal menyalahkan Umno menghantar samseng untuk menggangu ceramah tersebut.
Memang sial betul PKR ni. Memang patutlah ianya di gelar 'Parti Kencing Rakyat' kerana ketua dan 'punahsihat'nya kaki kencing. Bukan setakat menyalahkan Umno, pihak polis pun mereka salahkan kerana tidak mengambil tindakkan terhadap mereka-mereka yang di katakan samseng Umno. Yang peliknya, kenapa sampai sekarang PKR tidak membuat laporan polis??.. kerana mengikut laporan yang IBM dapat, cermin kereta rasmi Anwar dipecahkan
Sudahlah Anwar, jangan main sandiwara lagi. Rakyat dah jelak dengan perangai kamu. Elok le kamu 'bertaubat' sebelum kamu dijemput oleh yang maha esa. Seperti biasa, untuk menutup malu dan nak cover cerita, maka, dengan muka tebal macam kulit biawak, sidang akhbar dibuat melalui Setiausahnya si Saifuddin untuk melindungi dan menyelamatkan maruah bosnya si Al-juburi. Biasa le tu. No ending story le PKR ni. Sampai kiamat mereka akan berbuat demekian.
Kepada Anwar, kamu pergilah ke ceruk mana sekali pun untuk berceramah, walaupun mendapat sambutan, itu tidak bermakna yang orang ramai menerima dan menyokong PKR. Mereka keluar hanya nak dengar temberang kamu dan melihat dengan lebih dekat wajah sebenar peliwat dan pembohong no 1 Malaysia. Ada yang mengatakan sudah kelihatan bayang-bayang 'tanduk syaitan' akan tumbuh di kepala Anwar.
Kesimpulannya, kehadiran Anwar di Parlimen Sembrong, adalah sia-sia je. Dan jangan mimpi Pakatan Rakyat akan dapat menawan negeri Johor. Orang Johor kata, kirim salam kat Nuar.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA