KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER MALAYSIA 2012 :
REKOD tanpa kalah Kelantan di Liga Super musnah sebentar tadi di tangan Selangor. Kelantan tewas 2-1. Perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Selangor mendahului dua gol kosong hasil jaringan Safiq Rahim dan pemain import dari Croatia, Bosko Balaban.
Kelantan membalas satu gol hasil jaringan Subramaniam di saat akhir separuh masa kedua. Pemainan kedua-dua pasukan agak seimbang. Kedua-dua mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol, tapi, disia-siakan. Nampaknya, percaturan jurulatih Selangor Irfan Bakti menjadi dan Selangor mengutip tiga mata penuh. Syabas dan tahniah Selangor!!.
Keputusan-keputusan yang lain boleh di dapati diakhbar-akhbar tempatan esok. Majulah sukan bolasepak untuk negara. Sekian.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA