Saturday, February 11, 2012

Pakatan Rakyat Pembangkang Kelas 'Longkang', Langsung Tak Ada Kualiti, HAMPEHHH!!!!


MEMANG gampang Pakatan Rakyat ni. Pakatan Rakyat adalah sebuah parti pembangkang yang langsung tak berkualiti dan banyak menyusahkan rakyat. Sebagai pembangkang, mereka langsung tidak menunjukkan ujudnya pembangkang bukan sekadar menghentam kerajaan yang memerintah, malah mereka tidak langsung berjuang untuk rakyat, malah mereka hanya mahu menggunakan rakyat bagi tujuan politik kotor mereka.

Berbeza dengan pembangkang di negara-negara lain yang mana pembangkang bukan saja menjadi pembangkang, tapi, mereka membangkang sambil memberi idea-idea yang bernas untuk di ketengahkan bagi membangun negara mereka dan membantu rakyat. Tapi, sayang sekali pembangkang di negara kita hanya pandai 'berpolitiking' dan berterusan akan menjadi pembangkang yang niat mereka cukup jahat sekali.


Setiap apa yang kerajaan buat, semunya salah bagi mereka. Contoh yang paling ketara, bila Perdana Menteri kita, DS Najib meluluskan bantuan rakyat satu Malaysia (BR1M) sebanyak lima ratus ringgit sekeluarga yang berpendapatan tiga ribu ringgit ke bawah. Mereka kata itu adalah bantuan untuk pilihan raya yang akan datang, umpan kerajaan kepada para pnegundi. Apa lagi yang mereka tak kata.

Terkini, pembangkang terus melalak dan tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan menggunakan wang EPF bagi membantu keluarga yang miskin untuk memiliki rumah di kawasan bandar. Bermacam-macam tomahan yang mereka lontarkan kepada kerajaan yang kononnya, kerajaan sudah kehabisan wang. Itu sebab wang EPF di gunakan.

IBM malas nak ulas tentang wang EPF ini, kerana biarlah pihak yang berkenaan menjelaskan kepada rakyat akan hasrat murni kerajaan untuk membantu keluarga yang berpandapat rendah untuk memliki rumah. Ini jelas, pembangkang mempunyai niat yang jahat, dan mereka seolah-olah tidak ingin melihat rakyat yang kurang mampu unutk memiliki rumah. Kalau boleh mereka ingin mengujudkan kembali 'setingan' seperti dahulu.

Oleh itu, IBM harap, Datuk Raja Nong Chik sebagai Menteri yang dipertanggung jawabkan untuk menguruskan pembelian rumah flat milik Dewan bandar raya kepada pembeli-pembeli di Ibu Kota supaya turun padang dan terangkan kepada rakyat jelata bagaimana pinjaman yang di biayai sepenuhnya oleh kerajaan dengan menggunakan wang EPF supaya rakyat/pembeli tidak keliru. 

Pembangkang memang bekerja keras, berkempen di merata-rata tempat bagi mengaggalkan apa yang telah dirancangkan oleh kerajaan. Fahamilah, mereka ada pembangang yang amat-amat merbahaya kepada kerajaan dan jika mereka di beri peluang untuk memerintah negara, alamat 'mampus' lah kita, negara akan huru-hara, rakyat akan terus miskin dan negara kan menjadi 'muflis' kerana mereka-mereka ini terlalu rakus untuk mengaut segala harta yang ada di negara ini bagi membuncitkan perut mereka dan mengkayakan kroni-kroni mereka. fikir-fikirkanlah. Sekian.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                         _________________________________________
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...