Sunday, February 19, 2012

Debat MCA & DAP : Ibarat 2 x 5, 5 x 2....Cina Tetap Cina...

DEBAT di antara MCA dan DAP yang berlangsung semalam yang kononnya mendapat sambutan hangat dan tepukan gemuruh di antara kedua-kedua penyokong, hanyalah seperti 'sendiwara politik' yang dirancang oleh kedua-dua parti Cina ini. Mereka tahu, PRU ke-13 akan berlaku bila-bila masa saja. Oleh itu masing-masing nak test power siapa antara parti mereka yang akan mendapat perhatian dan sokongan padu dari pengundi-pengundi melayu?

SOI LEK (kanan) menyampaikan hujahnya pada sesi perdebatan dengan Guan Eng (kiri) yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Operasi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai di Kuala Lumpur semalam.


MCA kata DAP pengecut, tidak berani meletakkan calon Cina di kawasan melayu. Mereka akan menggunakan calon melayu yang menjadi ahli DAP untuk bertanding dikawasan melayu. Inilah menunjukkan bahawa parti DAP bukanlah parti yang boleh diterima oleh pengundi-pengundi melayu. Mengikut kata MCA lagi, sejak wujud 46 tahun lalu, DAP hanya berani bertanding di kawasan yang majoriti penduduknya adalah kaum Cina. Jadi, di mana yang mengatakan dan mencerminkan imej parti DAP yang mendakwa ianya parti berbilang kaum?, kata MCA.

Sementara itu, DAP menyelar MCA dengan mengatakan parti itu tidak pernah berani berdiri sebagai parti paling ke hadapan dalam komponen Barisan Nasional. Maksud DAP, MCA adalah parti pak turut kerana Barisanan Nasional  dikuasai oleh parti Umno. Kesimpulannya, debat tersebut langsung tidak mendapat apa-apa kebaikan kepada kedua-dua parti itu. Tuduh menuduh di antara kedua-dua parti Cina tersebut, adalah perkara biasa dan selepas ini mereka akan bertemu di satu tempat, duduk semeja, minum teh dan bincangkan apa tindakkan selanjutnya bagi menguatkan pengaruh politik mereka di kalangan rakyat.

IBM bukan 'rasis', dan IBM juga bukan anti MCA, tapi DAP memang amat-amat IBM benci dan langsung tidak boleh diterima pakai di kancah politik tanah air, termasuklah komponen-komponen mereka di dalam Pakatan Rakyat, PKR dan PAS. Jesteru, IBM cuma nak menginggatkan Umno supaya berkerja lebih keras, dan jangan terlalu bergantung kepada MCA yang mana hala tuju politik mereka amatlah di ragui. Bagi IBM, MCA dan DAP ni diibaratkan seperti kata sifir, 2 x 5, 5 x 2, sama je. Mereka serupa.

Oleh itu, ayuh rakan-rakan ku semua, bersatulah, tingkatkan lagi kekuatan parti kita, berkerja lebih keras lagi, jangan masih ada sifat PHD di kalangan kita, tolak kepentingan peribadi dan dahulukan kepentingan parti, Insyallah kita akan perolehi kejayaan di PRU ke-13 nanti. Insyallah. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...