Monday, February 6, 2012

Paderi AS Gesa Boikot 'Starbucks', Malaysia bila Lagi??

CALIFORNIA – Seorang paderi Kristian menggesa pengguna supaya memboikot Starbucks ekoran syarikat itu menyokong satu rang undang-undang mengesahkan perkahwinan sejenis di Washington, lapor King 5 News.


Steven Andrew yang juga Presiden Institusi Paderi Kristian Amerika Syarikat (AS) di California berkata, penganut Kristian kecewa dengan tindakan Starbucks yang menentang ajaran Tuhan.


“Starbucks boleh mengikut ajaran Syaitan jika mereka mahu, tetapi paderi-paderi akan membantu menyelamatkan penganut Kristian.

“Adakah anda di pihak Tuhan dan adakah anda sudi membantu AS dirahmati Tuhan?” soal Andrew dalam satu kenyataan. Menurut Reuters, gesaan memboikot itu dikeluarkan Selasa lalu, sehari sebelum rang undang-undang tersebut dibentang di Dewan Senat Washington.

Institusi Paderi Kristian AS turut meminta penganut Kristian untuk menghentikan penyajian makanan dan minuman jenama itu di majlis-majlis dan kemudahan gereja. Selain Starbucks, lebih 100 syarikat lain turut menyokong rang undang-undang perkahwinan sejenis itu termasuk Nike, Google dan Microsoft.

Jika rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Perwakilan minggu depan, Washington akan menjadi negeri ketujuh di AS yang mengiktiraf perkahwinan sejenis.

p/s : IBM kata : Patut le melambak manusia jenis lembut ni mengunjungi Starbucks setiap malam, apa lagi jika malam minggu. Rupanya di situ tempat mereka bertemu, berkenalaan dan bermesra. IBM tak terkejut sekiranya satu hari kita ternampak Anwar Ibrahim diantara pengunjung-pengunjung di Starbucks kerana ramai 'spisis' seperti dia ada di sana. Takkan Anwar tak nak tumpang sekaki kot...hehehe. So, apa kata Persatuan Paderi-Paderi Malaysia tentang ini?...boikot juga ke? - IBM

SUMBER BERITA : UTUSAN MALAYSIA ONLINE. TERIMA KASIH.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                      ___________________________________________

2 comments:

  1. Dunia berniaga lain sifatnya. Kedai atau premis perniagaan dibuka untuk semua, cuma tempat-tempat tertentu kanak-kanak tak dibenarkan masuk. Peniaga tidak ada kaedah untuk menyemak siapa gay, siapa lesbian. Starbuck mungkin menyokong gay sekadar menyatakan konsep perniagaan mereka tidak memilih rupa pelanggan, baik rupa Anwar, baik rupa Hadi, baik rupa Lim Kit Siang... janji bayar!

    ReplyDelete
  2. Salam bro.
    IBM setuju dgn pendapat bro. Peniaga sifatnya ialah menerima semua pelangan. Begitu jugalah Starbucks ni. Tapi....sokongan mereka terhadap kahwin sejenis ni agak bahaya juga, terutamanya d negara kita. Kalau dibiarkan, ianya akan melarat, apatah lagi jenis gay ygn beragama Islam. Lambat laun mereka akan terpengaruh. Balik pasal business tadi, bila makan.minum, pasti kena bayar. Jgn x bayar. susah nanti.....:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...