Tuesday, January 31, 2012

Kenapa MCA Terlalu Sensitif??. Isu Paket Angpau Putih Pun Diperbesarkan???

APA lagi yang Cina MCA bising-bisingkan lagi ni?. Kan isu pemberian 'angpau' menggunakkan paket warna putih telah selesai. Pihak Perkasa dah jelaskan sejelasnya sebab-sebab mengapa perkara itu berlaku. bukan di sengajakan dan bukan tujuan untuk menghina kaum 'Tionghua'. Faham le sikit. Jangan perkara kecik-kecik macam tu pun nak di perbesarkan. Kalut le korang MCA ni. 



Isu ini mendapat reaksi dari Perdana Menteri dan beliau menjelaskan bahawa pemberian angpau berwarna putih pada satu perhimpunan Tahun Baru Cina anjuran PERKASA pada Ahad lalu, yang dianggap menghina kaum Cina kerana ia biasanya diberikan semasa kematian, tidak ada kaitan dengan kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, pemimpin PERKASA, sebuah badan bukan kerajaan, adalah Datuk Ibrahim Ali yang merupakan Ahli Parlimen Bebas, dan oleh itu, pemberian paket berwarna putih pada majlis itu tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang dipersetujui oleh kerajaan.


Menulis dalam Facebook berbahasa Cina beliau, “Ah Jib Gor”, Najib berkata:
"Saya berpandapat bahawa jika kita benar-benar faham budaya dan pantang larang kaum Cina, kontroversi seperti ini boleh dielakkan." Kita semua tahu perkataan 'angpau' ertinya envelop merah, yang warnanya mestilah merah dan bukan warna lain. Insiden ini boleh dijadikan satu pengajaran sosial."

 (Dipetik dari Facebook : "Ah Jib Gor")
Ekoran dari itu, Semalam Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong meminta PERKASA  memohon maaf kepada masyarakat Cina berhubung kejadian itu manakala Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen menyifatkan tindakan PERKASA itu sebagai tidak menghormati adat budaya kaum Cina.

Maka, diperjelaskan oleh Timbalan Presiden PERKASA, Datuk Abdul Rahman Bakar, bahawa angpau berwarna merah memang digunakan pada majlis itu, tetapi disebabkan ia telah kehabisan, sampul putih terpaksa digunakan. Agaknya le. Kalau ianya betul, kepada MCA, janganlah terlalu sensitif. Kita ni kan manusia biasa, tak lepas dari membuat kesilapan. Dan, apa yang cuba di terangkan oleh Perdana Menteri itu, sama-samalah kita sematkan kedalam dada kita. Kita rakyat Malaysia, 1 Malaysia. Yang remeh-temeh tu, buangkan ke tepi. Bak kata peratah, 'buang yang keruh, ambil yang jernih'.

Kepada MCA, IBM cuma nak ingatkah saja. PRU ke-13 tak lama lagi. Jangan sampai pembangkang buat modal terhadap isu salah faham ini di PRU nanti. Susah kita nanti. Faham-faham je le ye.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                    ____________________________________________

Aziz Bari Kini Bergelar "Provoktor". Gelaran 'Profesor' Gugur, Kah..Kah.Kah..

"I bukan lagi 'Profesor'. Tapi, tak ada hal lah. Small matter" - Aziz Bari

BAK bintang gugur ke bumi. Tiada lagi bercahaya dan berharga. Begitulah diibaratkan bekas pensyarah UIA dan kononnya pakar undang-undang dan perlembagaan.  Mulai semalam, kalau tak silap le, Aziz Bari tidak lagi bergelar 'Profesor'. Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.

Pengumuman ini datangnya dari Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad, bukan IBM kata atau reka cerita. Menurut beliau sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu.

Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu. Tapi, ada ke Universiti yang nak tawarkan si bongok Aziz ni jadi Pensyarah depa??. Kepada Universiti-Universiti ni, IBM nak ingatkan, tak usahlah ambik dia ni. Susah nanti. Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.

Dengan penjelasan ini, beliau harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar bagi mengulas pertanyaan pembaca Utusan MalaysiaSAKINAH melalui ruangan Forum akhbar itu pada Jumaat lalu yang ingin tahu bidang pengkhususan dan siapakah yang memberikan pengiktirafan kepada Abdul Aziz sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan.

Selepas ini, Aziz Bari bolehlah mengelarkan dirinya sebagai 'PROVOKTOR' kerana sesuai dengan perangainya yang sombong, berlagak, mulut terlalu celupar dan suka provok orang. Memang sesuai sekali. Hehehehe.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                  ______________________________________________

HARI INI DALAM SEJARAH

Pegawai kanan MOSTI dan SIRIM Berhad bersama Dr. Abdul Rahman Awang (depan tiga dari kanan) menunjukkan tanda bagus selepas melabuhkan TUKUN TIRUAN mesra alam di Pulau Perhentian , Terengganu baru-baru ini.(GAMBAR HIASAN)

31 JANUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

TUKUN TIRUAN PERTAMA DI MALAYSIA DILANCAR DI KAWASAN YAN, KEDAH
Pada hari ini dalam tahun 1984, Tukun tiruan yang pertama di negara ini dilancarkan di kawasan perairan Yan, Kedah, 48 kilometer dari Alor Setar. Pelancaran Tukun Tiruan yang pertama di negara ini dilakukan oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Wan Mohd Najib Wan Mohamad. Pembinaan tukun tiruan di Yan Kedah ini akan dapat membantu para nelayan meningkatkan pendapatan mereka. Projek yang dikelolakan oleh Kementerian Pertanian ini akan menambahkan bilangan ikan dengan menggunakan tayar-tayar lama. Dalam hal ini kerajaan telah memperuntukkan sejumlah $400,000 setahun untuk pembinaan tukun-tukun tiruan. Setiap satu berharga di antara $5000 dan $10,000. Menurut Wan Mohd Najib Wan Mohamad Kementerian khususnya pihak LKIM sendiri akan membina tukun tiruan di 10 kawasan yang berpotensi dalam usaha meningkatkan taraf hidup kaum nelayan. Kawasan-kawasan itu ialah Besut, Galing, Kuala Sedeli, Kuala Pahang, Mersing; Kuala Terengganu, Kuala Kedah, Tanjong Dawai Langkawi dan Sri Manjung. Sesungguhnya dengan pelancaran tukun tiruan yang pertama di negara ini kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dapat meneroka satu kaedah baru dalam memperbanyakkan jumlah ikan di perairan negara ini dan secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan kehidupan nelayan dan seterusnya mengukuhkan ekonomi negara.
SUMBER : [ARKIB NEGARA.COM]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Monday, January 30, 2012

Bila Raja Putar Belit Dakwa Dirinya Kena Belit......



Sudah menjadi amalan Anwar Ibrahim. Sekiranya dia berada di luar negara dan ditemuramah oleh media antarabangsa yang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi, maka dia akan membuat kenyataan yang menyebelahi Yahudi dan sangat liberal terhadap Islam.
Namun, sekiranya kenyataan tersebut dapat dihidu media tempatan, maka cepat-cepatlah dia memutar belit lidahnya menyatakan kenyataannya telah di “misquote” dan di”putar belit”kan oleh media pro-kerajaan. Hakikatnya, dialah yang membelit sebenarnya!

Terbaru, menggunakan kaedah modus operandi yang sama, dia mendakwa kenyataannya di Wall Street Journal mengenai sokongannya “melindungi Israel”. Katanya, media tempatan putar belit kenyataannya itu dan memberi amaran untuk tindakan saman darinya.
Persoalannya, bodoh benarkah media tempatan dalam mentafsirkan kenyataannya di Wall Street Journal itu? Dia seorang saja yang tahu dan faham berbahasa Inggeris? Media tempatan tak reti “translate” dan faham kenyataannya itu?
Bodoh sangatlah “putar belit” Anwar kali ini. Nampak sangat kebobrokannya untuk menyelamatkan diri dari dikecam rakyat. Dia fikir rakyat pun bodoh sama, tak tahu dan tak faham bahasa Inggeris, kah?
Kalau dah keluarkan kenyataan begitu, mengaku sajalah. Jawablah dengan isi dan makna yang diucapkan itu. Terlanjur perahu, mungkin boleh diundur, terlajak kereta mungkin boleh di ”reverse”, tapi kalau terlajak kata begitu..alamatnya binasalah badan!
Wall Street Journal bukan Utusan atau TV3 yang dikatakan pro-kerajaan. Malah, media antarabangsa itu memang terkenal di persada antarabangsa dan dikenali sangat pro kepada Israel serta Amerika Syarikat. Sekiranya Wall Street Journal menyiarkan berita mengenai spekulasi ekonomi, ia mampu menyebabkan kesan besar terhadap prospek ekonomi sesebuah negara. Dalam kata lain, Wall Street Journal memang berpengaruh.
Justeru, Anwar tidak mempunyai asas untuk menuduh Wall Street Journal itu “dibayar” oleh UMNO atau kerajaan untuk memutar belit kenyataannya. Tak logik langsung jika dituduh begitu.
Jadi, Anwar tuduh media tempatan yang “buat-buat” cerita? Media tempatan pun “quote” dari Wall Street Journal. Kalau Wall Street Journal menipu, maka samalah media tempatan pun. Masalahnya, dah terang-terang Anwar kata begitu, nak putar belit macam mana lagi? Memang sudah berkurun abad Anwar dikatakan membodek Israel. Dari zaman dia jadi Timbalan PM pun dia memang rapat dengan Yahudi dan Israel. Itupun secara rahsialah. Namun, setelah rahsianya itu terbongkar, cepat-cepatlah dia “cover line” kononnya dia difitnah dan “diputar belit”kan!



Anwar mungkin fikir dia masih lagi “Raja Putar Belit” dan rakyat akan percaya dengan “putar lidah”nya itu. Tapi, itu dulu. Sekarang rakyat sudah celik! Rakyat sudah mampu berfikir tentang konspirasi yang dia sendiri cipta dan pelbagai pembohongan yang dia lakukan! Rakyat sudah serik..!!!
Baguslah. Putar alamlah lagi. Lagi Anwar putar belit, lebih banyak rakyat akan sedar tentang kejijikan dirinya. Lagi Anwar belit, lagilah dia akan terbelit. Dan sudah pasti rakyat yang ditipunya itu akan membelitnya sehingga mampus nanti!
Melihat keadaan dan situasi PKR yang makin lama makin teruk dan huru-hara, melihat keadaan parti yang dinaungi Anwar itu makin lama makin hilang sokongan, tidak hairanlah DAP dan PAS kini berura-ura untuk meninggalkan Pakatan Haram. Pakatan Haram makin hilang keyakinan pada “Imam Mahdi” itu! Hakikatnya, Anwar dan Israel memang tak dapat dipisahkan. Bagai isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing.
Siapa yang “fund” Anwar selama ini? Siapa yang “support” Anwar dulu, kini dan selamannya? Sekiranya Anwar miskin papa kedana sangat sebagaimana di dakwa, mana dia dapat duit banyak-banyak untuk hidup mewah?
Rasanya, kehidupan Pok Nik Aziz jauh lebih miskin dan dhaif berbanding Anwar dan Azmin. Baguslah. Anwar dan Azmin hidup begitu mewah, tapi Pok Nik terus papa kedana walaupun sanggup tanggung dua ekor “biawak hidup” itu!
Terima kasih dukeofmontecristo.
p/s : Anwar tidak akan mengaku apa yang telah dia cakapkan kepada media luar. Itulah kepakaran Al-juburi ni. Lidang memang bercabang. Insyallah, Anwar akan tergigit mulutnya nanti. Mudah-mudahan terus mampus. - IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEBACA
                           ________________________________________________________

"Semakin Hari Semakin Sayang" Rakyat Kepada Perdana Menteri!!


IBM teringat sebuah lagu yang berjudul "semakin hari semakin sayang". Kalau tak salah, lagu ini dinyanyikan oleh Uji Rashid. Maka, IBM mengambil pendekatan bahawa lagu ini membawa erti yang amat mendalam kepada Perdana Menteri kita, DS Najib Tun Abd Razak. Kerana, populariti DS Najib naik mendadak dan rakyat di negara ini yang berbilang kaum sudah memberi isyarat dan sudah ada yang berkempen 'sayangi Perdana Menteri'.

Ini bukan satu rekaan, tapi ianya satu realiti kerana  Persatuan Penganut Dewa Teoh Kong Seng  dengan kerjasama Kelab Belia Graduan 1Malaysia (KBG1M) hari ini melancarkan Kempen Sayangi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta mendoakan kesejahteraan beliau untuk terus memimpin negara.

Timbalan Presiden Kelab Belia Graduan 1Malaysia (KBG1M) Gary Chan Pin Wah berkata kempen akan berlangsung di seluruh Lembah Klang dan bertujuan member penerangan mengenai dasar dan matlamat kerajaan kepada rakyat.
Kempen tersebut disasarkan kepada komuniti masyarakat di bandar khasnya kaum Cina dan India dan secara amnya komuniti setempat agar memahami daripada akar umbi akan matlamat utama kerajaan Malaysia, katanya pada pelancaran kempen itu serta Program 1Malaysia 1Amal di Bukit Bintang di sini, hari ini.
Program 1Malaysia 1Amal bertujuan meraikan golongan kurang bernasib baik. Menurut sumber yang IBM dapat,  seramai 250 orang kurang bernasib baik daripada lima rumah kebajikan dan penduduk setempat menerima bantuan 1Malaysia, yang meliputi kerusi roda dan barangan makanan serta angpau, sempena musim perayaan Tahun Baru Cina.
IBM memang terasa terharu dengan apa yang dilakukan oleh Persatuan Penganut Dewa Teoh Kong Seng bersama-sama dengan Kelab Belia Graduan 1 Malaysia (KBG1M) telah bersungguh-sungguh berkempen untuk Perdana Menteri kita.  IBM yakin, sedikit sebanyak berita ini akan membuat pembangkang tidak lagi bercakap besar, bongkak yang mana mereka begitu konfiden akan memenangi Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 nanti dan kan menakluki Putara Jaya. Kirim salam pada mereka semua.

Jom kita sama-sama menjayakan kempen sayangi Perdana Menteri dan berdoa agar DS Najib akan terus menjadi pemimpin No 1 negara, dan kita juga sama-sama berdoa agar terbuka hati dan mata rakyat dan menolak Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh pembohong no 1, peliwat tegar dan pengkhianat bangsa dan negara, Anwar Ibrahim.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
             ------------------------------------------------------------------------------------------------

Nik Aziz Kata Hadi Tak Perlu Berundur, Tapi...Dalam Hati Si Tua Ni Siapa Yang Tahu???


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan keputusan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, Abdul Hadi, seorang manusia yang berbakat untuk memimpin, lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam.

"Penjawat awam ada had masa untuk bersara tapi pimpinan parti tiada had masa, boleh berkhidmat sampai mati," kata Nik Aziz yang dipetik akhbarSinar Harian hari ini.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menggesa Abdul Hadi supaya tidak berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Beliau menggambarkan pemimpin kanan PAS itu sebagai aset.


Sementara itu, Utusan Malaysia hari ini melaporkan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib secara sinis 'mempersilakan' bekas exco kerajaan Selangor, Datuk Hasan Ali untuk terus memburuk-burukkan parti itu kepada umum."Kalau dia (Hasan) ada banyak modal (keburukan PAS) lagi yang dia nak dedah, kita persilakan. Kalau dia nak terus serang kita (PAS), silakan.

"Kalau dia (Hasan) ada banyak modal (keburukan PAS) lagi yang dia nak dedah, kita persilakan. Kalau dia nak terus serang kita (PAS), silakan

"Kita tak ada masalah sebab sudah biasa dengan perkara macam ini dan bersedia untuk menolak segala dakwaan buruk terhadap PAS," kata Harun (atas, kiri) dipetik akhbar milik Umno itu.

Harun, sebelum ini dianggap sebagai sekutu Hasan kerana mempertahankan bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu sebelum beliau dipecat.

p/s : Boleh percaya ke apa yang Pok Nik tu kata. Kot lain di mulut lain pulak di hati. Siapa tak kenal Al-Ustaz Nik Aziz. Ulama 'semak'. Cakap tak serupa bikin. Dan, cara Pok Nik bercakap, dia nak jadi ahli politik dan pegang jawatan Menteri Besar sampai mati??. Pok Nik, Pok Nik. Orang tua dah nyanyuk. Apo nak buet, kato orang Negeri 9. Apapun, terpulanglah pada Hj Hadi untuk buat keputusan. Kita orang Umno tak mahu masuk campur. Apa kita dapat lihat sekarang ni, Pas sudah terumbang-ambing, bak kapal yang hampir nak tenggelam. Akan tenggelam kah PAS?...kita tungguuuuuu. - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                     ----------------------------------------------------------------------------------------

KPN Meninggal Di London???



Perkhabaran yang agak mengemparkan jugak ni. Tapi, bila IBM risik-risik, ianya adalah khabar angin je. Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan khabar angin bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telah meninggal dunia di London.

Khabar angin itu yang menyatakan Ketua Polis Negara telah meninggal dunia di London adalah tidak berasas sekali. Ianya telah dijawab oleh PDRM melalui laman sosial Facebooknya.

Sebenarnya, Tan Sri Ismail dlam keadaan baik dan berada di London bagi lawatan kerja bersama Polis United Kingdom. Siapa le punya kerja ni. Tak habis-habis nak buat 'gempak'. Tapi, tak kena pada tempatnya.

Kalau nak jadi popular pun  carilah bahan cerita yang lebih menarik dan jangan jadi pencetus huru-hara yang boleh memudaratkan negara. Tapi, kalau betul-betul Tan Sri Ismail tak sihat, kita sama-samalah berdoa agar dia cepat sembuh dan kembali bertugas.  - IBM 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                     ----------------------------------------------------------------------------------------

HARI INI DALAM SEJARAH


30 JANUARI

MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA DULU DAN KINI

PELANCARAN PERTAMA MINGGU BAHASA KEBANGSAAN
Pada hari ini dalam tahun 1960, Minggu Bahasa Kebangsaan telah dilancarkan buat pertama kalinya di seluruh  negara  dan  telah  berlangsung sehingga 6 Februari 1961.   Pelancarannya telah dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pusat Minggu Bahasa Kebangsaan, Tuan Syed Nasir bin Ismail.  Antara tujuan diadakan Minggu Bahasa Kebangsaan ini ialah untuk menggalakkan  penggunaan  Bahasa  Kebangsaan  dikalangan  rakyat  dalam  aktiviti  seharian.  Selain  itu, ia  juga  bertujuan  untuk  memperlihatkan  kepada  masyarakat  dunia  bahawa  rakyat  Malaysia,  bebas  merdeka  dan  mempunyai  Bahasa   Kebangsaan  yang  menjadi  bahasa  perantaraan  dikalangan  rakyat  yang terdiri  daripada  pelbagai  kaum.  Pada  kempen  ini  juga  masyarakat  telah  diberi  penerangan  mengenai  tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka  di dalam perkembangan bahasa kebangsaan serta  kerjasama yang  sentiasa  diharapkan daripada  semua pihak  bagi  kemajuan  bahasa  kebangsaan  dalam  segala lapangan.  Antara  acara  yang telah  diadakan sepanjang  kempen  ini  ialah  peraduan  karangan  pantun  dan  berbahas  dengan  tujuan   untuk  menggalakkan  penyertaan  dan  penggunaan  Bahasa  Kebangsaan.  Sesungguhnya,  Minggu  Bahasa  Kebangsaan  yang  telah  diadakan  ini  telah  mendapat  penyertaan  yang  menyeluruh  daripada  Kementerian dan Jabatan Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi,  pihak  sekolah,  akhbar,  syarikat  swasta dan  pertubuhan-pertubuhan. 
SUMBER : [ARKIB NEGARA.COM]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                     --------------------------------------------------------------------------

Sunday, January 29, 2012

JOM SINGGAH : TOMAN TAK KENAL AMPUN!!

Tasik Bersia dan Air Ganda di Grik, Perak ialah dua lokasi yang mencabar ilmu dan kemahiran pengail tegar. Tujuan mereka hanya satu iaitu ’menumpaskan’ ego sang toman



TASIK Temenggor di Grik, Perak menyimpan pelbagai kisah yang sentiasa membuatkan hati pengail berkobar-kobar untuk mencampakkan umpan ke dada airnya yang tenang.
Namun, bukan Tasik Temenggor yang hendak diceritakan dalam lokasi memancing kali ini. Sebaliknya ialah lubuk pengail yang terbentuk daripada liku-liku sungai dari mulut empangan itu.
Kalau mengikut rantaian air yang berpunca dari Tasik Temenggor ke arah selatan, pengunjung boleh menemukan lokasi Tasik Bersia manakala lubuk pancing yang seterusnya ialah Tasik Air Ganda.
Betapa hebatnya tarikan kedua-dua tempat itu hinggakan ada yang sanggup menaiki bas dari Kuala Lumpur pada lewat malam untuk berkejar ke lokasi itu pada awal pagi. Lazimnya mereka akan turun di Ipoh dan seterusnya menukar bas lain untuk dibawa ke Grik.

 ADA muslihat unik untuk menaikkan sebarau.

Dari pekan itu, mereka sudah punya kenalan untuk membawa mereka menyusur jalan ke Tasik Air Ganda.
Sama ada Air Ganda atau Tasik Bersia, habuan seperti sebarau, lampam, kaloi dan juga keli memang sentiasa bermain dalam fikiran. Kadang-kadang, keadaan boleh jadi panik dan kecoh bagi kumpulan pemancing yang berjaya menaikkan ikan pilihan masing-masing.
Lebih menggelikan hati sekiranya mendapati ikan yang panjangnya kurang sehasta boleh merentap joran hinggakan teroleng-oleng jadinya bot mereka.
Bercakap tentang respons ikan terhadap umpan, kaloi dikatakan lebih lembut ketika mula mencicip di hujung kail. Sifat Sebarau pula dikhabarkan lebih sukar diduga.
Mengikut seorang pemancing tegar, Alex Yeoh, warna umpan yang berkesan untuk sebarau ialah jingga. Katanya, umpan berekor warna GFR (Gold Fluorescent Red) adalah yang terbaik untuk digandingkan dengan joran fluorokarbon dan tali yang beratnya kurang 10 paun.


 SEKALI-SEKALA mendapat kaloi boleh dianggap bertuah kerana ikan ini jenis yang 'pemalu'.

“Sebarau sangat pemalu, tetapi apabila tiba waktu makan, ia akan menyambar apa sahaja,” ujar Alex.
Bagi seorang lagi pemancing dari Kulim, Kedah, Harlina Hamid, dia sudah mempelajari satu tip untuk menaikkan sebarau di lubuk kegemarannya di Tasik Bersia.
Menurutnya, selain mengikut musim tertentu, pengail biasanya menunggu waktu pintu empangan di selatan Tasik Temenggor melepaskan airnya.
“Sebarau suka berlumba dengan arus. Ketika itulah bot pemancing akan mengikut arus air untuk menaikkan sebarau.
“Umpan akan dibaling dan sebarau ini seronok untuk meragut apa sahaja yang terlihat dalam pandangannya ketika itu,” ujar Harlina yang sering mengikuti rakan-rakan sepejabat menghilangkan tekanan kerja dengan memancing.
Namun, tiada yang lebih menggetarkan perasaan daripada membayangkan kuasa sentapan pada tali dan joran saat umpan diragut si penghulu air tawar iaitu toman.

 SEGALA kelengkapan perlu diperiksa sebelum ke tengah tasik.

Menjadi ‘musuh’ pilihan pengail bagi lokasi sungai dan tasik, toman sememangnya tidak mudah mengalah tanpa melawan sehabis tenaganya.
Kata orang, selagi tidak dinaikkan, ia pasti menyukarkan pengail, khususnya yang tidak berpengalaman. Pendek kata, ia pantang menyerah dan tidak ‘mengampunkan’ sesiapa yang berjaya menangkapnya.
Bagi pengail amatur atau yang datang buat kali pertama, mereka disarankan untuk ke Tasik Air Ganda terlebih dahulu untuk mengumpul pengalaman dengan toman. Di situ, saiz toman adalah lebih kecil berbanding yang terdapat di Tasik Bersia.
Lazimnya toman di Tasik Air Ganda adalah seberat 1 hingga 3 kilogram. Kalau berjaya menaikkan seberat kira-kira 5 kilogram, pengail itu sudah dianggap bertuah.

 ALEX berbangga dengan hasil tangkapannya.

Toman di Tasik Bersia pula sudah diketahui mempunyai reputasi untuk mengganas.

Di tasik itu, toman tidak ‘melayan’ umpan buatan, sebaliknya naluri pemangsa ikan itu akan teruja apabila terlihat kelibat anak ikan keli.
“Sudah kira-kira empat kali saya ke Tasik Bersia. Kali pertama setahun yang lalu. Ketika itu saya hanya dapat toman seberat 1.8 kilogram. Saya juga sudah belajar daripada kesilapan iaitu tali sulam 20 paun tidak mampu menaikkan toman lebih besar,” ujar Alex.

 TOMAN Tasik Bersia dikatakan lebih besar daripada toman yang menghuni Tasik Air Ganda.


Alex telah pun memperbaharui rekod peribadi dengan menaikkan toman seberat tujuh dan sembilan kilogram dengan tali 50 paun pada kunjungannya ke Tasik Bersia.
Kadar bayaran yang dikenakan untuk mengail di Tasik Air Ganda adalah RM150 bagi sebuah bot termasuk perkhidmatan tekong. Berbanding Tasik Air Ganda yang lebih komersial dan sudah menjadi tumpuan pemancing rekreasi, Tasik Bersia pula masih dianggap baru.

PEMANCING rekreasi bukan sekadar hendak mendapat habuan tetapi kedatangan mereka ke Tasik Bersia adalah untuk menghargai alam semula jadi.


Perkhidmatan bot dan tekong di Tasik Bersia masih bergantung kepada waktu dan budi bicara orang kampung yang berkelapangan. Kadar sewaan bot bersama tekong lazimnya dikenakan bayaran sebanyak RM250. Setiap bot boleh memuatkan dua pemancing bersama seorang tekong.
Oh ya, jangan lupa membawa topi yang selesa, krim perlindungan kulit, tuala kecil dan bekalan air dan kudapan yang mencukupi. Di kedua-dua tempat itu, anda mungkin menghabiskan banyak masa di tengah-tengah tasik sambil dibakar bahang matahari.
p/s : Menarik sekali tempat ini. Memang sesuai untuk 'kaki pancing'. IBM tak minat memancing. Kepada kaki pancing, intai-intailah tempat ini. Terima kasih Kosmo Online. - IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                  --------------------------------------------------------------------------------------------

Hasan, Muhyiddin Senada Kata Pas 'Parasit' Perosak Akidah......

HASAN Ali berucap di hadapan kira-kira 5,000 pengunjung pada majlis Himpun di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. 

PAS tak payah nak berdolak-dalik lagi. Pas juga tak payah nak 'tegakkan benang basah'. Ini kerana segala tembelang dan perangai sebenar orang-orang Pas telah didedahkan oleh bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali. Pemimpin-pemimpin mereka sanggup melarang ahlinya daripada menghadiri program berkaitan akidah, seperti Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun).

Menurut Datuk Dr Hasan lagi, adalah tidak lojik parti yang mendokong perjuangan Islam selama ini bertindak sedemikian. Bagi beliau, walaupun pemimpin Pas kata jangan pergi di Shah Alam, namun, beliau tetap juga pergi. Yang menghairankan beliau, kenapa apabila perhimpunan haram Bersih II, pemimpin-pemimpin Pas mengarahkan ahli-ahlinya, malah pemimpin atasan mereka pun turut hadir ke perhimpunan tersebut?. ada masukkk kah?

IBM tabik habis pada Datuk Dr Hasan Ali di atas keberanian beliau berhadapan dengan isu-isu yang selama ini di putar-belitkan oleh Pas dan juga mengelirukan rakyat tentang perjuangan Pas yang sebenarnya. Berbalik kepada 'roadshow' yang sedang beliau jalankan sekarang ini, meskipun berdepan pelbagai halangan dan rintangan, roadshow/himpunan tetap diteruskan pada masa depan dengan menjelajah ke setiap negeri.

Menjelas tentang gejala 'murtad' pula, beliau mengakui bahawa ianya semakin serius dan perlu dibendung segera dan beliau berjanji akan terus berjuang ke arah itu. Mengimbas kembali, semasa menjadi Exco Selangor dulu, ada orang Pas sendiri yang menghalangnya ketika menjalankan tugas mencegah maksiat. 


Perkara yang sama juga diluahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan meminta agar Pas memberi penjelasaan yang lojik kenapa Pas melarang ahlinya dari menghadiri program yang berkaitan 'akidah'.

Mengikut Tan Sri Muhyiddin, soal akidah adalah soal yang penting dari segi Islam, tetapi kalau bekas pemimpin Pas berani mengatakan ramai anggota parti itu tidak berpandu soal akidah, maka masyarakat Islam perlu membuat pernilaian ke atas parti Pas yang dikatakan sebuah parti yang memperjuangkan agama Islam. Mana kebenarannya?, tanya Tan Sri Muhyiddin. Apapun, hakikatnya memang Pas pandai berdolak-dalik dan IBM merasakan bahawa pemimpin-pemimpin Pas bukanlah pemimpin yang betul-betul serius memperjuangkan Agama Islam, tapi mereka ini hanya insan yang berselindung dengan rupa dan berpakaian seperti orang-orang Alim. 

Perjuangan mereka sebenarnya adalah soal politik, politik songsang yang mana mereka-mereka ini di perguna dan diperkuda-kudakan oleh rakan kongsi mereka, iaitu PKR dan DAP. Pas bagi IBM, memang HAMPas!!!.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                       --------------------------------------------------------------------------------------

Berterima Kasihlah Wahai Masyarakat FELDA!

BERCERITA tentang masyarakat Felda ni, bermacam-macam telah kita dengar sejak-semenjak kebelakangan ini. Ada yang dah kaya raya, berjaya dan ada juga yang menentang atau dengan erti kata lain tidak pandai 'berterima kasih' di atas apa usaha kerajaan bagi memajukan Felda dan menaikkan ekonomi mereka. 

IBM tak nak mengupas atau menyalahkan sesiapa di dalam kemelut dalam Felda ini, cuma IBM nak ingatkan semua peneroka-peneroka dan generasi bahru Felda supaya mengimbas kembali dan mengenang jasa-jasa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sentiasa prihatin membangunkan kehidupan mereka sejak lebih lima dekat lalu.

Walaupun IBM bukanlah datangnya dari keluaraga Felda, tapi kita sudah nampak akan perubahan kehidupan yang dialamai oleh peneroka felda yang terdahulu berbanding dengan apa yang ada sekarang ini.  IBM setuju dengan apa yang di katakan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad, bahawa Felda telah merobah kehidupan masyarakat sejak Perdana Menteri kedua, allayaraham Tun Abdul Razak dan kini perjuangan membela nasib peneroka dan generasi bahrunya diteruskan oleh anak Allahyarham yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apa lagi yang masyarakat Felda tak puas hati?. Konsep penempatan semua Felda berjaya kerana pemimpin-pemimpin kita hebat-hebat belaka dalam mengurus tadbirnya ketika ada juga negara-negara luar yang cuba mewujudkan konsep ini di negara mereka, tapi gagal. Bagi IBM, Felda adalah satu dalam dunia, begitu juga pandangan Tan Sri Samad (gambar). Beliau berharap peneroka dan generasi baru Felda dapat menilai perkara ini sebaik-baiknya.

Di samping itu, satu perkara yang peneroka harus ingat dan sematkan ke dalam hati, supaya berhati-hati agar masyarakat Felda tidak terperdaya dengan tipu helah pembangkang yang sentiasa menabur fitnah dan janji-janji manis mereka. Mereka, pembangkang sekarang ini telah cuba meresap ke Felda-Felda bagi mendapatkan sokongan dari masyaraka Felda untuk meraih undi untuk PRU ke-13 nanti.

Memang dari dahulu sampai sekarang sudah menjadi tradisi pembangkang untuk mencemuh kerajaan, mereka kata kerajaan tidak baik walaupun masyarakat Felda telah hidup selesa dengan hasil bantuan dari kerajaan. Oleh itu, IBM sekali lagi ingin mengingatkan peneroka semua, apabila menjelang pilihan raya nanti, buatlah pilihan terbaik, jangan tersilap pilih kerajaan," kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna".

Oh ya, IBM hampir terlupa. Nasihat Tan Sri Mohd Isa Samad kepada semua masyarakat Felda tentang penyenaraian FELDA GLOBAL VENTURES (FGV) di bursa saham. Ia adalah wawasan Perdana Menteri demi kelangsungan generasi baharu Felda. Oleh itu, teruskan sokongan dan jangan lepas peluang keemasan ini.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                       ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...