Monday, January 23, 2012

AL-QURAN BERSADUR EMAS RM170 JUTA DI PAMIR!!



KUALA TERENGGANU - Naskhah al-Quran bersadur emas bernilai lebih RM170 juta yang bakal dipamerkan pada pameran Khazanah Islam dari China di Muzium Terengganu bulan depan akan dibekalkan dengan ciri keselamatan dan penjagaan tahap tertinggi. Dipercayai berusia lebih 500 tahun dan berasal dari Dinasti Ming, China, pihak penganjur juga akan melantik firma keselamatan swasta bagi memastikan keselamatan artifak itu sepanjang enam bulan sesi pameran.
Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah berkata, pameran bertaraf antarabangsa itu adalah hasil kerjasama dengan penganjur acara, Topchain Capital Sdn. Bhd.
p/s : Itulah keunikannya Al-Quran. Beratus-beratus tahun lamanya usinya, tapi masih kekal di pelihara dengan baik. Kitab Allah, sudah mestinya terpelihara dari segala perbuatan mungkar. IBM pun rasa nak pergi tengok jugak lah. Rakan-rakan yang lain macam mana?...jom le. - IBM.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
              -------------------------------------------------------------------------------------------------
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...