Friday, January 27, 2012

Sembang-Sembang Bola : Bellamy Akan Benam Cardiff!!

BELLAMY (tengah) muncul wira selepas membantu Liverpool mara ke final Piala Liga awal pagi semalam.

LIVERPOOL menang bergaya menjinakkan kelab yang berbelanja besar membeli pemain-pemain yang ternama dunia. Itulah nasib kelab Manchester City yang kononnya akan menyapu bersih kejuaraan bolasepak di England. Sudah pasti orang yang paling gembira dan tersenyum panjang dan puas hati, tak lain tak bukan bekas pemain Man. City itu sendiri, Craigh Bellamy yang memusnahkan impian MC untuk melangkahkan kaki ke final Carling Cup.

Gol penyamaan Bellamy pada masa separuh masa kedua membantu Liverpool menempah slot ke final Piala Liga (Carling Cup) yang berlangsung awal pagi semalam. Meskipun terikat 2-2 dengan Manchester City pada akhir separuh kedua di Anfield, skuad bimbingan Kenny Dalgish melayakkan diri selepas menang dengan agregat 3-2. Kenny juga tersenyum lebar dan juga bos-bos the Reds serta peminat setia mereka termasuk juga IBM. Hehehehe. 
Bangga bro. 

Selepas ini, Bellamy berazam pula untuk menewaskan bekas kelab di bandar kelahirannya, Cardiff City di final yang akan berlangsung pada 26 Februari depan. Menurut Bellamy, memang itulah impian dia dan rakan-rakannya menghadiahkan kemenangan kepada jurulatih mereka, Kenny Dalgish kepantas akhir pertama di Stadium Wembley dalam tempuh 16 tahun. Selain itu, ia adalah perlawanan akhir pertama Liverpool dalam kejohanan utama sepanjang tempoh enam tahun.

Sama-sama kita nantikan perlawanan akhir yang pasti hebat dan menarik. Sebagai peminat setia Liverpool, IBM sentiasa mendoakan agar The Reds berjaya menjadi juara buat kali ke 8. "You'll Never Walk Alone". You know this song?. - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
           -----------------------------------------------------------------------------------------------------
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...