Friday, January 27, 2012

Khalid Gagap Arah Banner 'roadshow' Hasan Ali Di Turunkan. Sial Punya Gagap!!!

SEPERTI takut dengan bayang-bayang sendiri. Dan, pakatan Rakyat di Selangor, terutamanya Pas, sudah mula panas buntut apabila Datuk Dr Hasan Ali memulakan 'Roadshownya'. Itulah andaian yang boleh IBM buat terhadap kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar yang tak ada kualiti, gagap, sombong dan banyak lagi boleh di beri gelaran pada si Khalid Ibrahim @Khalid gagap. 

Perbuatan menurunkan 10 banner 'Roadshow Masa Depan Politik Malaysia' yang memaparkan wajah Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, adalah perbuatan yang tidak bertanggunjawab dan pengecut. Khalid gagap bertanggungjawab mengarahkan Majlis Perbandaran Kajang (MPK) menurunkan banner tersebut. Ini yang membuat Sekretriat Mobillisasi Umat (SMU) naik berang kesal di atas perbuatan tersebut.

IBM di fahamkan, Roadshow tersebut dijangka akan diadakan pada 32 Jan 2012, Selasa, 9.00 malam di Balai Pahlawan, Padang Seksyen 2, Bandar Baru Bangi, tapi, telah disabotaj oleh ahli Exco kerajaan negeri. Apa le punya jahatnya mereka-mereka ini. Pengecut dan benggong, terlalu ikut arahan Menteri Besar yang gagap tu. 

Inilah yang dikatakan 'indah khabar dari rupa'. Wajah Pakatan rakyat di Selangor ini memanglah hodoh sekali sekarang ini. Dimanakah hak kebebasan rakyat untuk bersuara.? Mereka pandai menuduh Umno/BN tidak adil, menindas rakyat dan menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara. Rupa-rupanya mereka lebih teruk lagi. Menteri Besarnya menggunakan 'kuasa gagapnya' untuk menyekat roadshow tersebut.

Menurut sumber, SMU telah berbelanja lebih kurang RM1,500 membuat banner tersebut dan mereka demand supaya banner tersebut di pulangkan kembali kepada mereka. Dalam isu menurunkan banner ini, IBM dapat membuat analisa bahawa memang ada 'double standard' yang di amalkan oleh MPK kerana itu adalah arahan dari Boss besar mereka, Khalid Ibrahim.

Kalaulah iklan banner itu Pakatan yang punya, walaupun tiada lesen, ianya tidak akan diturunkan, tetapi, malang nasib milik gerakan rakyat seperti anjuran bersama SMU ni terpaksa diturunkan kerana ianya milik musuh mereka. Memang kejam si Khalid gagap ni. Mari kita sama-sama berdoa agar dia terus gagap dan tumbang di PRU ke-13 nanti. Amin!!. - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
            -----------------------------------------------------------------------------------------------------
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...