Pegawai kanan MOSTI dan SIRIM Berhad bersama Dr. Abdul Rahman Awang (depan tiga dari kanan) menunjukkan tanda bagus selepas melabuhkan TUKUN TIRUAN mesra alam di Pulau Perhentian , Terengganu baru-baru ini.(GAMBAR HIASAN)
31 JANUARI
SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN
TUKUN TIRUAN PERTAMA DI MALAYSIA DILANCAR DI KAWASAN YAN, KEDAH |
Pada hari ini dalam tahun 1984, Tukun tiruan yang pertama di negara ini dilancarkan di kawasan perairan Yan, Kedah, 48 kilometer dari Alor Setar. Pelancaran Tukun Tiruan yang pertama di negara ini dilakukan oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Wan Mohd Najib Wan Mohamad. Pembinaan tukun tiruan di Yan Kedah ini akan dapat membantu para nelayan meningkatkan pendapatan mereka. Projek yang dikelolakan oleh Kementerian Pertanian ini akan menambahkan bilangan ikan dengan menggunakan tayar-tayar lama. Dalam hal ini kerajaan telah memperuntukkan sejumlah $400,000 setahun untuk pembinaan tukun-tukun tiruan. Setiap satu berharga di antara $5000 dan $10,000. Menurut Wan Mohd Najib Wan Mohamad Kementerian khususnya pihak LKIM sendiri akan membina tukun tiruan di 10 kawasan yang berpotensi dalam usaha meningkatkan taraf hidup kaum nelayan. Kawasan-kawasan itu ialah Besut, Galing, Kuala Sedeli, Kuala Pahang, Mersing; Kuala Terengganu, Kuala Kedah, Tanjong Dawai Langkawi dan Sri Manjung. Sesungguhnya dengan pelancaran tukun tiruan yang pertama di negara ini kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dapat meneroka satu kaedah baru dalam memperbanyakkan jumlah ikan di perairan negara ini dan secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan kehidupan nelayan dan seterusnya mengukuhkan ekonomi negara.
SUMBER : [ARKIB NEGARA.COM]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
|