APA lagi yang Cina MCA bising-bisingkan lagi ni?. Kan isu pemberian 'angpau' menggunakkan paket warna putih telah selesai. Pihak Perkasa dah jelaskan sejelasnya sebab-sebab mengapa perkara itu berlaku. bukan di sengajakan dan bukan tujuan untuk menghina kaum 'Tionghua'. Faham le sikit. Jangan perkara kecik-kecik macam tu pun nak di perbesarkan. Kalut le korang MCA ni.
Isu ini mendapat reaksi dari Perdana Menteri dan beliau menjelaskan bahawa pemberian angpau berwarna putih pada satu perhimpunan Tahun Baru Cina anjuran PERKASA pada Ahad lalu, yang dianggap menghina kaum Cina kerana ia biasanya diberikan semasa kematian, tidak ada kaitan dengan kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, pemimpin PERKASA, sebuah badan bukan kerajaan, adalah Datuk Ibrahim Ali yang merupakan Ahli Parlimen Bebas, dan oleh itu, pemberian paket berwarna putih pada majlis itu tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang dipersetujui oleh kerajaan.
Perdana Menteri berkata, pemimpin PERKASA, sebuah badan bukan kerajaan, adalah Datuk Ibrahim Ali yang merupakan Ahli Parlimen Bebas, dan oleh itu, pemberian paket berwarna putih pada majlis itu tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang dipersetujui oleh kerajaan.
Menulis dalam Facebook berbahasa Cina beliau, “Ah Jib Gor”, Najib berkata:
"Saya berpandapat bahawa jika kita benar-benar faham budaya dan pantang larang kaum Cina, kontroversi seperti ini boleh dielakkan." Kita semua tahu perkataan 'angpau' ertinya envelop merah, yang warnanya mestilah merah dan bukan warna lain. Insiden ini boleh dijadikan satu pengajaran sosial."
(Dipetik dari Facebook : "Ah Jib Gor")
Ekoran dari itu, Semalam Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong meminta PERKASA memohon maaf kepada masyarakat Cina berhubung kejadian itu manakala Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen menyifatkan tindakan PERKASA itu sebagai tidak menghormati adat budaya kaum Cina.
Maka, diperjelaskan oleh Timbalan Presiden PERKASA, Datuk Abdul Rahman Bakar, bahawa angpau berwarna merah memang digunakan pada majlis itu, tetapi disebabkan ia telah kehabisan, sampul putih terpaksa digunakan. Agaknya le. Kalau ianya betul, kepada MCA, janganlah terlalu sensitif. Kita ni kan manusia biasa, tak lepas dari membuat kesilapan. Dan, apa yang cuba di terangkan oleh Perdana Menteri itu, sama-samalah kita sematkan kedalam dada kita. Kita rakyat Malaysia, 1 Malaysia. Yang remeh-temeh tu, buangkan ke tepi. Bak kata peratah, 'buang yang keruh, ambil yang jernih'.
Kepada MCA, IBM cuma nak ingatkah saja. PRU ke-13 tak lama lagi. Jangan sampai pembangkang buat modal terhadap isu salah faham ini di PRU nanti. Susah kita nanti. Faham-faham je le ye.